Gegegirl Lawan Alien
oleh Ain Maisarah, Amer Baki


Versi Cetak

RM10

Beli Online

Boleh juga dibeli di Kedai Buku PTS

Sabah/Sarawak: RM
Format: Paperback
Saiz: 7.5 x 5

ISBN-13: 978-967-0411-52-1

Tarikh Terbit: 15 Dec 2014

Jumlah Muka Surat: 128


Versi eBook

Belum Terbit


Makhluk asing datang ke Malaysia? Kapal angkasa mendarat di Bukit Bangsar? Huh... itu semua tentu mustahil kerana selalunya perkara sedemikian hanya berlaku di Amerika!

Namun tiga sahabat dari Sri Bangsar iaitu Nuha, Dhia dan Farzana benar-benar mempercayai teori itu. Tambahan pula apabila tiba-tiba Sekolah Sri Bangsar turut didatangi oleh tiga orang pelajar baru bernama Ramlee, Sudin dan Aziz. Kepandaian pendatang baru itu dalam akademik turut dicemburui, hingga menjadi anak murid kesayangan Cikgu Aziz dan mendapat keputusan ujian yang sentiasa tertinggi!

Namun pada Nuha, Dhia dan Farzana... pelajar-pelajar baru itu dianggap pelik kerana setiap hari memborong berbungkus-bungkus karipap di kantin, balik tepat setiap kali loceng berbunyi dan tiada langsung rekod peribadi!

Akibatnya tiga gadis membentuk kumpulan penyiasatan diberi nama Gegegirls yang berazam menghalang penaklukan alien di bumi Sri Bangsar. Benarkah itu serkap jarang atau ia semata-mata spekulasi pelajar lama melawan pelajar baru yang lebih cemerlang?

Ikuti kisah sains fiksyen yang kelakar dan ketahui penamat kisahnya ya!

Buku Berkaitan


Berita


Errata