Gosip Sri Bangsar - Tragedi Rombongan Berdarah
oleh Ain Maisarah, Eima Manan


Versi Cetak

RM15

Beli Online

Boleh juga dibeli di Kedai Buku PTS

Sabah/Sarawak: RM
Format: Paperback
Saiz: 7.5 x 5

ISBN-13: 978-967-0411-99-6

Tarikh Terbit: 27 Apr 2017

Jumlah Muka Surat: 240


Versi eBook

Belum Terbit


Ahli Kelab Rekreasi pergi rombongan? Ekspedisi kali ini unik kerana membabitkan kerjasama dua buah sekolah. Seramai 15 pelajar Sri Bangsar dan 15 lagi warga Zara Damansara kini bergerak dalam satu bas... menuju ke Terengganu Darul Iman.

 Sepanjang perjalanan, pelbagai perkara berlaku. Bermula dengan mesej ugutan yang diterima oleh Shasha... ahli The Wannababes yang cantik bergaya, kaya lagi popular. Anak Dato’ Saidini itu ditakut-takutkan dengan video ganas. Diketahui setiap pergerakan secara dekat, ada yang memerhati dengan niat jahat!

Satu rombongan tambah gempar kerana ketika berhenti rehat, Shasha turut cuba diculik di tandas! Mujur Betty yang merupakan wartawan sekolah, ada di sisi dan menyelamatkan situasi. Betty mula mengesyaki... wujud penjahat yang bersama-sama mereka di dalam bas! 

Rupa-rupanya itu baru permulaan! Bas dibom, pelajar ditembak, ahli rombongan ditawan, dan dibawa ke lokasi rahsia! Apa motifnya? Apa kehendak penjenayah itu sebenarnya? Perjalanan ceria bertukar jadi tragis dan berbahaya!

Apa kesudahan kisah ini? Mampukah semua diselamatkan? Ketahui segalanya dalam novel penuh debaran ini... harap jangan takut pula sertai rombongan sekolah ya!