Buku

Hadiah untuk Pengantin: Koleksi Doa Menuju Alam Perkahwinan daripada Quran dan Hadis

oleh Wan Shuhairi Wan Mohamad

RM 19.90 / RM 22.90Sabah/Sarawak
Beli Versi Cetak
Bookcafe Shopee Lazada

ISBN: 978-983-192-427-3

Muka Surat: 80

Saiz: -

Tarikh Terbit: 31 Jan 2008

Kategori: Islam, Doa & Amalan

“Kemudian ketika ia berasa berat dan menaruh bimbang, berdoalah suami isteri itu kepada Tuhan mereka dengan berkata: “Sesungguhnya apabila engkau (wahai Tuhan kami), mengurniakan kami nikmat yang baik, tentulah kami menjadi orang-orang yang bersyukur.” (Surah al-A’raf, ayat 189)

“Kad Jemputan?” – sudah diedar.
“Baju Pengantin?” – sudah ditempah.
“Jurusolek pengantin?” – sudah diberitahu.
“Khemah Kenduri?” – sudah dinaikkan.
“Doa Pengantin?” – apa itu?

Secara fitrah, manusia menyukai perkahwinan. Baik mereka yang belum berkahwin mahupun yang sudah berkahwin. Perkahwinan ibarat sempadan yang memisahkan dunia bujang dan dunia berkahwin. Bagi mereka yang bakal memasuki gerbang perkahwinan, persiapan dibuat sebaik mungkin bagi melakar detik peristiwa bersejarah yang lebih bermakna.

Buku Hadiah untuk Pengantin: Koleksi Doa Menuju Alam Perkahwinan daripada Quran dan Hadis menjadi rujukan penting bagi pasangan yang mengharapkan lahirnya keluarga bahagia di bawah cahaya Islam. Selain mengharapkan bantuan keluarga, saudara dan rakan, pertolongan Allah tidak harus dilupakan.

Buku ini menghidangkan doa-doa yang sunat diamalkan mengikut situasi. Terdapat sepuluh fasa perkahwinan bermula dari fasa memilih sehingga fasa membina keluarga. Diharapkan ia dapat membantu merungkai segala kerumitan sepanjang menuju kebahagiaan suami isteri.

Fasa 1: Memilih Pasangan
Fasa 2: Semasa Bersiap
Fasa 3: Menuju Ke Lokasi
Fasa 4: Apabila Akad Nikah Berlangsung Di Masjid
Fasa 5: Merisik/ Meminang
Fasa 6: Semasa Akad
Fasa 7: Hidup Suami Isteri
Fasa 8: Permata Ayah Bonda
Fasa 9: Apabila Bersalin
Fasa 10: Untuk Diri, Keluarga dan Keturunan

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024