Hantu Asrama
oleh Ain Maisarah, Azanil Fitri


Versi Cetak

RM10

Beli Online

Boleh juga dibeli di Kedai Buku PTS

Sabah/Sarawak: RM 12
Format: Paperback
Saiz: 5 x 7.5

ISBN-13: 978-967-2040-05-7

Tarikh Terbit: 3 Jan 2017

Jumlah Muka Surat: 128


Versi eBook

Belum Terbit


Jefri dan Syuib, dua pelajar senior yang suka mengusik. Habis budak-budak asrama jadi mangsa, cerita-cerita hantu disampaikan supaya semua orang menggigil lutut dan trauma. Seronok melihat ramai yang percaya, terhibur apabila kisah yang diceritera itu digeruni semua.

Cuti sekolah dibekukan untuk mereka yang bakal mengambil SPM. Jadi, Jefri dan Syuib merancang sesuatu yang nakal... menjadikan asrama seolah-olah benar-benar berhantu. Seterusnya dapatlah cuti daripada pihak sekolah! Namun perancangan itu gagal kerana tertangkap oleh warden dan telah dijatuhkan hukuman denda.

Anehnya, selepas itu secara tiba-tiba asrama digemparkan dengan kemunculan hantu putus kepala. Keadaan bertambah parah hingga merebak menjadi histeria. Hantu asrama nampaknya sudah benar-benar mengganas dan menjelma! Tetapi mengapa secara tiba-tiba? Apa penyebabnya? Apa paling penting... bagaimana mahu menyekat kemaraannya?

Ada pelajar menabur garam sekeliling katil. Kantin asrama turut kehabisan lada hitam yang dijadikan senjata. Ada yang fotostat buku Yaasin lalu ditampal di tepi-tepi tilam. Bagaimana cara sebenar mahu menyekat hantu syaitan? Bacalah HANTU ASRAMA, kisah seram yang kelakar... namun banyak pengajarannya!