Hantu Kutip Hutang
oleh Ain Maisarah, Eima Manan


Versi Cetak

RM10

Beli Online

Boleh juga dibeli di Kedai Buku PTS

Sabah/Sarawak: RM 12
Format: Paperback
Saiz: 5 x 7.5

ISBN-13: 978-967-0411-80-4

Tarikh Terbit: 4 Mar 2016

Jumlah Muka Surat: 128


Versi eBook

Belum Terbit


Setiap sekolah ada lagenda. Setiap kawasan, pasti ada tempat keras yang dikatakan berhantu, akan mengganggu manusia.Itulah juga yang berlaku di Sekolah Sri Bali. Ada hutang tidak berbayar? Ada duit tetapi sengaja buat-buat lupa bayar hutang pada kawan sendiri? Jangan buat begitu! Jika tidak... hantu kutip hutang akan datang mengacau sampai meracau terbeliak mata! 

Neeloma, seorang bekas pelajar Sekolah Sri Bangsar yang berpindah ke Sekolah Sri Bali kini turut sama terpalit dengan kes hantu kutip hutang. Menyertai Kelab Supercef, siapa sangka dia telah dilantik sebagai bendahari kelab tersebut. Satu hari, wang yuran kelab telah hilang. Tanpa ragu-ragu, semua ahli menuduh Neeloma sebagai pecah amanah. 

Felizia lalu menyeru hantu pengutip hutang supaya mengacau Neeloma. Namun apa yang terjadi adalah sebaliknya. Semua ahli Kelab Supercef diganggu dan mati seorang demi seorang. Apa yang berlaku? Mengapa hantu kutip hutang salah mengacau orang? Siapa yang berhutang sebenarnya? Ketahui jawapan dalam novel seram BLINK BOOK... Hantu Kutip Hutang. Jangan hutang buku ini, tetapi beli secara tunai ya!

Buku Berkaitan


Berita

Hantu Kutip Hutang: Hutang Tetap Kubawa Mati
ditulis oleh Izzati Nadia ZI

Kepada para peminat Ain Maisarah, pasti anda berasa gembira apabila mengetahui penulis ini... Selanjutnya»


Errata