Hantu Mahu Ke New York
oleh Ain Maisarah, Azanil Fitri


Versi Cetak

RM10

Beli Online

Boleh juga dibeli di Kedai Buku PTS

Sabah/Sarawak: RM 12
Format: Paperback
Saiz: 5 x 7.5

ISBN-13: 978-967-2040-06-4

Tarikh Terbit: 2 Feb 2017

Jumlah Muka Surat: 128


Versi eBook

Belum Terbit


Sekolah Sri Bangsar adalah sebuah sekolah berhantu. Siang hari ia kelihatan seperti sekolah biasa. Tetapi apabila malam menjelma... ia dipenuhi dengan hantu-hantu, dikenali sebagai Sekolah Seram Bangsar.

Suatu hari Pontiana dan Pontiani, kembar hantu jenis pontianak menerima surat berdarah segar daripada Drakokakola. Ia jemputan datang ke New York menyambut pesta Halloween. 

Tiba sahaja di sana... barulah mereka tahu yang Drakokakola ada niat lain. Sebenarnya drakula remaja itu mahu rakan-rakannya memujuk ayahnya iaitu Drakolala supaya membenarkannya berpindah ke Sekolah Seram Bangsar.

Namun drakula Amerika itu amat ego, malah memandang rendah hantu-hantu Asia. Maka terpaksalah masing-masing menunjukkan kehebatan menakutkan manusia di New York. Popcong si hantu pocong mahu menyergah dari sebalik semak, namun disangka pengganas ISIS kerana bertutup litup. Boyol si toyol hijau... merancang menakutkan manusia dengan mengetuk pintu. Sebaliknya dianggap kanak-kanak biasa, malah diberi gula-gula sebakul! 

Hish... nampaknya orang Amerika memang sudah tidak takut hantu!Benarkah hantu Malaysia tidak menyeramkan? Betulkah hantu-hantu negara Barat lebih hebat? Baca hingga habis Hantu Mahu ke New York... jangan baca dengan hantu ya!