Hantu Mahu Popular
oleh Ain Maisarah, Azanil Fitri


Versi Cetak

RM10

Beli Online

Boleh juga dibeli di Kedai Buku PTS

Sabah/Sarawak: RM
Format: Paperback
Saiz: 5 X 7.5

ISBN-13: 978-967-0411-72-9

Tarikh Terbit: 16 Dec 2015

Jumlah Muka Surat: 128


Versi eBook

Belum Terbit


Sekolah Sri Bangsar berhantu? Ya, pada siang hari ia kelihatan seperti sekolah biasa. Tetapi apabila malam menjelma, ia dipenuhi dengan hantu-hantu dan dikenali sebagai Sekolah Seram Bangsar.

Pada satu hari, Sekolah Seram Bangsar telah didatangi oleh pegawai Pejabat Pendidikan Hantu Daerah. Lawatan tersebut adalah bagi menilai tahap keseraman hantu-hantu Bangsar. Rupa-rupanya para hantu di situ tidak tahu cara-cara menakutkan manusia. Pontiana dan Pontiani, si kembar pontianak hanya tahu membuat persembahan akrobatik udara. Langsiwei si hantu langsuir yang hodoh, lebih pakar menjahit langsir raya. Dan si pochong pula pandai menari pocho-pocho dan bergelek penuh gaya. Aduhai... ini hantu atau badut sarkas?

Setelah diberi amaran, malah diugut mahu menutup Sekolah Seram Bangsar... guru besar terpaksa meminta bantuan pelajar-pelajarnya. Tolonglah takutkan manusia, jika tidak Sekolah Seram Bangsar akan hanya tinggal nama.

 

 

 

Namun ia satu kerja sukar kerana manusia sudah tidak percayakan hantu. Terpaksalah ditukar cara, menggunakan pendekatan yang menjadikan semua hantu-hantu jadi popular. Apakah cara itu? Mampukah ia berjaya? Bacalah novel seram kelakar ‘Hantu Mahu Popular’ demi mendapat jawapannya!

Buku Berkaitan


Berita

Hantu Kutip Hutang: Hutang Tetap Kubawa Mati
ditulis oleh Izzati Nadia ZI

Kepada para peminat Ain Maisarah, pasti anda berasa gembira apabila mengetahui penulis ini... Selanjutnya»

Mimpi Seram : Lembaga Kerusi Belakang
ditulis oleh Chayu Afifi Noordin

Latihan matematik, kerja sekolah serta buat nota, memang tidak disukainya. Sanggup didenda, dihalau... Selanjutnya»

Hantu Ataupun Badut Sarkas: Hantu Mahu Popular
ditulis oleh Chayu Afifi Noordin

Selama ini para pembaca sering dihidangkan dengan cerita hantu yang menyeramkan dan menakutkan... Selanjutnya»


Errata