Hero Cubit Orang Jahat
oleh Ain Maisarah, Azanil Fitri


Versi Cetak

RM17

Beli Online

Boleh juga dibeli di Kedai Buku PTS

Sabah/Sarawak: RM
Format: Paperback
Saiz: 7.5 x 5

ISBN-13: 978-967-0411-36-1

Tarikh Terbit: 24 Apr 2014

Jumlah Muka Surat: 256


Versi eBook

Belum Terbit


Siri hero sri bangsar kembali dengan siri yang ke sembilan. Dak Gedik yang memukul Gadis Bintang mula rasa bersalah. Dia yang melihat kekejaman Taikocheng telah sedar yang dia telah diperalatkan dan tidak mahu lagi menjadi superjahat.

Najmina yang koma beberapa hari di hospital akhirnya sedar. Namun masalah baru pula timbul apabila gadis itu telah hilang ingatan. Sikapnya juga seperti budak perempuan 12 tahun. Maka bermulah misi Cikgu Aziz dan Alfi untuk memulihkan Najmina.

Kumpulan JOI pula telah membuat perancangan baru. Papa Jon telah diarahkan untuk mencipta serum super. Manakala Mr. Pinki pula diarahkan untuk mengintip gerak-geri Skaud Hero Sri Bangsar. Hasil dari pengintipan itu. Mr. Pinki telah berjaya menculik Gadis Bintang.

Dapatkah Dak Gedik membebaskan diri dari cengkaman Kumpulan JOI? Berjayakah Cikgu Aziz dan Alfi memulihkan ingatan Najmina dan apakah nasib Gadis Bintang yang diculik oleh Mr. Pinki? Debaran Hero Sri Bangsar berterusan lagi.