Hero Hai Hai Penjahat Bye Bye
oleh Ain Maisarah, Azanil Fitri


Versi Cetak

RM17

Beli Online

Boleh juga dibeli di Kedai Buku PTS

Sabah/Sarawak: RM
Format: Paperback
Saiz: 7.5 x 5

ISBN-13: 978-967-0411-37-8

Tarikh Terbit: 24 Apr 2014

Jumlah Muka Surat: 240


Versi eBook

Belum Terbit


Siri Hero Sri Bangsar kembali dengan siri yang terakhir.

Taikocheng yang ditangkap oleh Papa Jon, akhirnya telah ditukar menjadi cyborg iaitu manusia separuh robot dengan panggilan manja Bobot T. Nasib yang sama menimpa Mr. Pinki dan Alex Kendur apabila telah diletakkan cip renjatan otak di tengkuk mereka. Papa Jon dan Mama Mia akhirnya menggabungkan Kumpulan JOI dengan Agensi B1N1 menjadi Kumpulan B1N1.

Dak Gedik yang telah dilanggar oleh Taikocheng akhirnya berjaya diselamatkan. Setelah dirawat di hospital, dia sembuh sepenuhnya. Hubungan Syikin dengan Najmina kembali pulih. Lebih mengembirakan lagi apabila Dak Gedik di terima menjadi salah seorang dari ahli Skuad Hero Sri Bangsar.

Kemunculan Encik Ais dan Puan Krim yang disangkakan mahu menuntut bela keatas Gadis Bintang ternyata tidak benar. Rupanya pasangan suami isteri itu telah insaf. Malah mereka telah memberi tahu identiti sebenar individu yang melanggar Gadis Bintang empat tahun yang lalu.

Keputusan Tan Sri Hisham mahu menjadi pelabur dan penyumbang dana dalam Agensi HOI telah mengakibatkan dia dan Profesor Hoi diculik oleh Kumpulan B1N1 yang cemburu.

Skuad Hero mula bertindak dengan menyerbu markas Kumpulan B1N1 lalu berlakulah pertempuran antara dua pihak dan akhirnya Kumpulan B1N1 telah berjaya ditewaskan.