Hero Mahu Saiz M
oleh Ain Maisarah, Azanil Fitri


Versi Cetak

RM16

Beli Online

Boleh juga dibeli di Kedai Buku PTS

Sabah/Sarawak: RM
Format: Paperback
Saiz: 7.5 x 5

ISBN-13: 978-967-0411-29-3

Tarikh Terbit: 1 Dec 2013

Jumlah Muka Surat: 256


Versi eBook

Belum Terbit


Siri hero sri bangsar kembali dengan siri yang kelapan. Kisah kali ini mengenai Najmina yang menghadapi masalah berat badan yang berlebihan. Tambah parah lagi apabila rakan baiknya iaitu Syikin yang dahulunya gemuk kini sudah kurus. Ini amat mengganggu jiwa dan raga Najmina dan turut memberi kesan terhadap prestasi Gadis Bintang.

Begitu juga dengan hero kecil Sri Bangsar iaitu Daniel yang turut mengalami masalah yang sama berpunca dari ibunya yang mahukan dia memasuki pertandingan kanak-kanak tembam Sri Bangsar. Hari-hari dia diberi makan tanpa henti.

Super 3G yang prihatin cuba membantu rakannya seperjuangannya itu dengan berbagai cara untuk menurunkan berat badan.

Penangkapan Lady Jajan membuatkan Kumpulan JOI semakin berdendam dengan Superhero Sri Bangsar. Malah Taikocheng telah melancarkan misi memusnahkan semua gajet milik Agensi HOI. Berikutan dengan itu, Papa Jon telah mencipta sut superjahat baru yang dipanggil Dak Gedik. Pencarian calon untuk menjadi superjahat Kumpulan JOI bermula dan setelah menjalankan sesi temuduga akhirnya mereka berjaya menemui seorang calon yang sesuai iaitu rakan baik Najmina iaitu Syikin.

Setelah Dak Gedik tercipta, maka agenda jahat Kumpulan JOI bermula. Dak Gedik membantu agen-agen JOI merampas gajet HOI. Selain itu Dak Gedik yang begitu memusuhi Gadis Bintang cuba menggugat reputasi hero Sri Bangsar itu sehingga berlaku beberapa insiden pertaruangan antara mereka berdua. Adakah Dak Gedik berjaya dikalahkan? Berjayakah Gadis Bintang untuk kurus semula?