Hero VS Pengemis Gedik
oleh Ain Maisarah, Azanil Fitri


Versi Cetak

RM17

Beli Online

Boleh juga dibeli di Kedai Buku PTS

Sabah/Sarawak: RM 19
Format: Trade Book
Saiz: 5 X 7.5 X 0.5

ISBN-13: 978-967-0411-22-4

Tarikh Terbit: 26 Apr 2013

Jumlah Muka Surat: 292


Versi eBook

Belum Terbit


Kumpulan Jahatnya Orang Itu ~ JOI kini dilanda masalah kewangan, sampaikan kereta pun ditarik oleh pihak bank! Bagi menyelesaikan masalah tersebut, anggota kumpulan JOI iaitu Lady Jajan (bukan Lady Gaga ya!) diarahkan mengutip dana. Misi tersebut dibantu dengan formulasi sejenis minyak wangi yang dipanggil Gegirl de Gediks. Maka bertukarlah Lady Jajan menjadi Pengemis Gedik.

Kini Pengemis Gedik mula menjalankan misi. Setiap lelaki yang dijumpai, pasti dipukau dan dikikis duit hingga kering poket. Menjelajah ke segenap bandar, Pengemis Gedik akhirnya tiba di Sri Bangsar dan menggedik pada tahap maksima.

Sri Bangsar bertambah gempar apabila seorang pelakon popular hilang. Rupa-rupanya pelakon tersebut diculik oleh Lady Jajan bagi menuntut wang tebusan. Skuad Hero Sri Bangsar mesti menyiasat dan menyelesaikan kes ini!

Pada masa yang sama, Gadis Bintang mempunyai masalah peribadi apabila mengesyaki ayahnya mahu berkahwin lagi. Mampukah Gadis Bintang menyelesaikan segalanya, pada kala Pengemis Gedik begitu mengganas dan berleluasa?

Ikutilah kisah lucu superhero Sri Bangsar melawan superjahat Lady Jajan sambil mengunyah makanan ringan. Selamat membaca!  

Sambungan dari kisah Hero VS KL Gengstar

Buku Berkaitan


Berita

Membongkar Misi Tersembunyi: Hero VS Pengemis Gedik
ditulis oleh Rashiela Nurain

Kesempitan hidup memang mendesak manusia mencari wang dengan cara apa sekalipun. Kisah bermula... Selanjutnya»


Errata