Buku

Hidangan Lengkap Sehari : Isnin

oleh Chef Hussin Khan

RM 5.50 / RM 6.50Sabah/Sarawak
Beli Versi Cetak
Bookcafe Shopee Lazada
Beli Versi Ebook
 

ISBN: 978-967-411-112-0

Muka Surat: 48

Saiz: 5.5x8.5

Tarikh Terbit: 29 Mar 2013

Kategori: Resipi

Chef Hussin Khan adalah pensyarah di Fakulti Pengurusan Hotel & Pelancongan, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Pulau Pinang. Cintanya pada dunia masakan mendorong beliau melanjutkan pelajaran sehingga ke peringkat Sarjana dalam bidang Sains Makanan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Anak kelahiran Bruas, Perak ini pernah menjadi tukang masak di beberapa hotel terkemuka di Malaysia dan pernah berkhidmat di Istana Darul Iman serta Darul Izzah Brunei Darussalam.

Finalis program realiti masakan ‘Maggi Mencari Bintang’ di TV 3 ini pernah menerima pingat dalam beberapa siri pertandingan masakan di dalam dan luar negara. Terbaru beliau memenangi pingat emas dalam Pertandingan Inovasi di Brussel, Belgium. Beliau turut dipanggil untuk menjadi chef jemputan dan pengadil pertandingan memasak di seluruh Malaysia.

Buku Hidangan Lengkap Sehari ini merangkumi hidangan dari sarapan pagi hingga makan malam. Setiap resipi dalam buku ini diasingkan mengikut kesesuaian hari. Pembaca disarankan mendapatkan kesemua buku dalam siri ini bagi memberi idea menghasilkan masakan mengikut hari dari hari sibuk hingga hari santai.

Sekiranya anda tercari-cari apa yang mahu dimasak pada hari Isnin, milikilah buku istimewa ini!

Sarapan Pagi dan Minum Petang
Bubur Oat dan Buah-Buahan
Roti Telur Perancis Bermentega Kacang
Telur Rebus Bercuka
Sandwic Telur Bermayones
Omelet Bijirin
Omelet Keju dan Cendawan

Pembuka Selera
Cucur Kucai dan Udang
Keju Goreng Bersos Koktel
Pakoras
Telur Tortila Kentang dan Tomato
Kerabu Tauge
Puri Madras

Makan Tengah Hari dan Makan Malam
Sup Udang dan Nanas
Daging Bakar Bersos Asam
Ayam Taucu Kampung Koh
Siakap Kukus Tanjung Dawai
Singgang Pari dan Nanas
Sayur Pak Choy Celur
Kangkung Goreng Belacan

Salad dan Buah
Sos Pulau Seribu
Salad Jeruk Pulau Seribu
Salad Buah-Buahan
Salad Asparagus Berhollandaise

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024