Buku

Jejak Ibnu Battuta

oleh Ross E. Dunn

RM 40.00 / RM 0.00Sabah/Sarawak
Beli Versi Cetak
Bookcafe Shopee Lazada

ISBN: 978-967-366-149-7

Muka Surat: 624

Saiz: 6x9

Tarikh Terbit: 13 Mar 2014

Kategori: Kanak-Kanak, Sejarah

Ibnu Battuta terkenal sebagai seorang pengembara Muslim abad ke-14. Kisah perjalanan Ibnu Battuta yang begitu mengujakan dan luar biasa ini, membuatkan dunia Barat memberikan jolokan ‘Marco Polo Dunia Muslim’ kepada Ibnu Battuta. Ross E. Dunn mengupas jejak perjalanan Ibnu Battuta yang merentas hampir 30 tahun ke daerah-daerah yang sama luasnya dengan 44 negara zaman moden kini. Penulis menterjemahkan dalam konteks sosial dan budaya masyarakat Islam, dan dimensi interaksi manusia di Timur dan pada Zaman Pertengahan.

Buku yang ditulis oleh profesor sejarah dari San Diego State University ini bukan sekadar memberikan keterangan yang relevan bagi memahami kisah perjalanan Ibnu Battuta, namun juga menempatkan Ibnu battuta dalam konteks sejarahnya. Dengan menggunakan pendekatan kritis berdasarkan pengalaman pengembaraan Ibnu Battuta, kajian ini merupakan pengenalan bagi mendalami seluruh dunia Islam pada abad ke-14.

“Buku hasil karya Ross E. Dunn ini penting kerana buku beliau mengupas kisah Ibnu Battuta secara mendalam dan menarik. Buku ini tidak seperti karya tiga jilid Gibb yang hanya menjadikan kisah Ibnu Battuta sebagai sumber rujukan. Dengan pendekatan ini, Dunn mengulas beberapa hal penting kepada para pembaca.” -Taufik Abdullah, Pakar Sejarah, Ph.D., Uni9versiti Cornell, Ithaca, Amerika Syarikat.

Kata Pengantar

Prakata

Penghargaan 

Kalendar Islam

Catatan Berkenaan Wang

Ringkasan

Pendahuluan

Bab 1 Tangier 

Bab 2 Maghribi

Bab 3 Orang Mamluk

Bab 4 Makkah

Bab 5 Parsi dan Iraq

Bab 6 Laut Tanah Arab

Bab 7 Anatolia

Bab 8 Padang Rumput

Bab 9 Delhi

Bab 10 Malabar Dan Maladewa

Bab 11 China

Bab 12 Kampung Halaman    

Bab 13 Mali    

Bab 14 Rihla    

Glosari      

Rujukan    

Indeks    

Lampiran 1                

Lampiran 2                

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024