Buku

Keraguan Munasabah

oleh Z. A. Imad

RM 21.00 / RM 24.00Sabah/Sarawak
Beli Versi Cetak
Bookcafe Shopee Lazada

ISBN: 978-967-5136-08-5

Muka Surat: 312

Saiz:

Tarikh Terbit: 15 Aug 2008

Mayat Rahmat bin Yatim dibawa ke hospital untuk bedah siasat. Tiada siapa yang melihat wajah mangsa sewaktu dikeluarkan dari rumahnya. Wajahnya ditutup dengan kain putih. Diusung oleh dua pegawai hospital ke dalam ambulans sebelum dibawa pergi.

Lim Boon Liau sedang menonton televisyen sewaktu pintu rumahnya diketuk tiba-tiba. Hanya singlet dan seluar pendek yang menyarungi tubuhnya pada waktu itu. Tanpa diberi izin, mereka masuk ke dalam rumah dan membacakan pertuduhan, "Lim Boon Liau, kamu ditahan atas kesalahan menyebabkan kematian Rahmat bin Yatim."

Razif, peguam yang baru tamat latihan dalam kamar, dilantik sebagai peguam bela Lim Boon Liau oleh Biro Bantuan Guaman kerana tertuduh tiada wang bagi membela diri.

Berhadapan dengan pendakwaraya berpengalaman, ugutan daripada pihak tidak dikenali, dan saksi yang enggan bekerjasama, mampukah peguam mentah itu membuktikan anak guamnya tidak bersalah?

Ternyata, tugasnya tidak semudah menimbulkan keraguan munasabah…

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024