Buku

Keluarga dan Permodenan di Malaysia

oleh Fatimah Abdullah

RM 35.00 / RM 0.00Sabah/Sarawak
Beli Versi Cetak
Bookcafe Shopee Lazada

ISBN: 978-967-0685-38-0

Muka Surat: 200

Saiz: 5.5x8.5

Tarikh Terbit: 1 May 2015

Imprint: PTS Akademia

 

Buku ini mengandungi himpunan makalah yang ditulis hasil penyelidikan tentang keluarga Melayu yang dijalankan sejak 1980 hinggalah 2010, namun isu-isu yang dikaji tetap relevan dalam memahami dinamika keluarga di Malaysia. Buku ini dimulai dengan kupasan tentang makna keluarga. Perubahan sosial dan ekonomi dalam masyarakat turut meninggalkan kesan kepada struktur keluarga apabila kebanyakan pengkaji beranggapan bahawa struktur keluarga nuklear lebih dominan dalam persekitaran moden menggantikan keluarga luas tiga generasi. Dalam persekitaran bandar-industri juga ada banyak nilai tradisi yang menekankan kepentingan keluarga sebagaimana yang dirakamkan dalam pantun Melayu menjadi kurang penting dan digantikan dengan nilai yang mengutamakan individu. Selain itu dalam persekitaran moden, rumah kediaman keluarga sebagai satu struktur fizikal turut berperanan dalam membataskan jalinan hubungan kekeluargaan.

 

Prakata vii
Bab 1:  Definisi Keluarga 1
Bab 2:  Keluarga Luas kepada Keluarga Nuklear: Perubahan 
Struktur Keluarga Melayu 20
Bab 3:  Nilai Keluarga dalam Persekitaran yang Sedang 
Berubah: Kes Keluarga Melayu Bandar 47
Bab 4:  Berkahwin ataupun Membujang?: Pandangan 
Golongan Muda terhadap Perkahwinan 65
Bab 5:  Perkahwinan dalam Kalangan Wanita Melayu 79
Bab 6:  Dari Halaman Rumah ke “Dewan Merak Kayangan”: 
Majlis dan Upacara Perkahwinan dalam Keluarga 
Melayu Bandar 99
Bab 7:  Bukan Sehidup Semati: Perceraian dalam Kalangan 
Orang Melayu 119
Bab 8:  Sosialisasi Anak dalam Kalangan Keluarga Kelas 
Menengah Melayu Bandar 139
Bab 9:  Fungsi Keluarga dalam Penjagaan Tidak Formal 161
Bab 10: Rumah dan Kehidupan Keluarga: Satu Analisis tentang Pembahagian Ruang dan Interaksi dalam Keluarga 182
Bab 11: Evolusi Rumah dan Kehidupan Keluarga 208
Bab 12:  Dampak Pemodenan terhadap Hubungan Keluarga: 
Berat Sama Dipikul, Ringan Sama Dijinjing 229
Bab 13: Pemodenan dan Cabaran terhadap Keluarga Desa 254
Bab 14: Isu Kekeluargaan dalam Pantun Melayu 269

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024