Kisah Si Puteri: Riang Ria Dunia Persahabatan
oleh Natasha Effyzal, Aizam Aiman, Iman Qaisara, Haryani Kamilan, Adha Ameera


Versi Cetak

RM21.50

Beli Online

Boleh juga dibeli di Kedai Buku PTS

Sabah/Sarawak: RM 24.50
Format: Trade Book

ISBN-13: 978-967-5406-39-3

Tarikh Terbit: 25 Mar 2010

Jumlah Muka Surat: 144


Versi eBook

Belum Terbit


Memperkenalkan lima puteri iaitu Puteri Arabella, Puteri Dian Adelia, Puteri Farisya, Puteri Qaira dan Puteri Humaira yang akan menjadi teman dan menceriakan hidup adik-adik sepanjang tahun ini. Ikuti lima kisah menarik di bawah satu tema iaitu persahabatan.

Puteri Arabella, puteri yang terpaksa bertukar ke sekolah biasa atas arahan kedua-dua orang tuanya. Dia terpaksa mengharungi hidup berkawan dan berhadapan dengan pelbagai ragam pelajar sekolah itu.

Puteri Dian Adelia, tidak disukai rakan-rakan lain kerana perangainya yang pelik. Namun, kemunculan rakan baharu membuatkan Dian Adelia tidak kesunyian lagi.

Puteri Farisya, suka berdamping dengan rakan-rakan baharunya. Sanggup menempuh hidup di dunia luar dari istana semata-mata mahu mengecapi nikmatnya berkawan.

Puteri Qaira, bermasalah dalam berkomunikasi di hadapan pelajar lain. Ujian demi ujian yang datang akhirnya Qaira berjaya melakukan yang terbaik.

Puteri Humaira, mempunyai rakan-rakan tumbuhan yang menjadi teman hidupnya.

Puteri Arabella
(Oleh: Natasha Effyzal)

Puteri Dian Adelia
(Oleh: Aizam Aiman)

Puteri Farisya
(Oleh: Iman Qaisara)

Puteri Qaira
(Oleh: Haryani Kamilan)

Puteri Humaira
(Oleh: Adha Ameera)

Buku Berkaitan


Berita

Mari Kita Berkenalan Dengan Puteri-Puteri PTS
ditulis oleh Zikri Musa

Seronoknya cuti! memperkenalkan lima puteri iaitu Puteri Arabella, Puteri Dian Adelia, Puteri... Selanjutnya»


Errata