Komputer Berhantu
oleh Ain Maisarah, Aja Fazla


Versi Cetak

RM10

Beli Online

Boleh juga dibeli di Kedai Buku PTS

Sabah/Sarawak: RM 12
Format: Paperback
Saiz: 7.5 x 5

ISBN-13: 978-967-0411-76-7

Tarikh Terbit: 27 Apr 2017

Jumlah Muka Surat: 128


Versi eBook

Belum Terbit


Razali seorang pelajar skema, sering dibuli di sekolah. Tempatnya bersembunyi adalah makmal teknologi, menggunakan komputer paling tersorok antara semua. Lalu segala kecewa diluahkan dalam status-status media sosial. Tiba-tiba, dia menerima ‘LIKE’ oleh seseorang bernama Lisa. Itulah titik perkenalan dengan rakan mayanya.

Razali semakin dipercayai gadis itu, siap diberi alamat rumah dan diserahkan gambar terbarunya! Lisa pula sebagai balasan, menghadiahkan coklat dan baju panas berwarna biru. Hubungan bertambah akrab sehinggalah Razali memberi cadangan mahu bersemuka. 

Hari ditunggu tiba jua, Razali bersiap hebat. Minyak wangi disembur pada setiap inci tubuhnya. Baju hadiah daripada Lisa turut disarung bangga. Bagi mengisi masa menunggu kedatangan Lisa... Razali membuat carian Google. Mana tahu ada info tambahan, ada gambar terbaru buat rujukan pertemuan. 

Namun alangkah terkejutnya apabila mengetahui bahawa pemilik nama Lisa Mary Holmes ada seorang pelajar yang pernah ditemui mati. Bersama beg bungkusan berisi coklat dan baju panas berwarna biru. 

Waktu mengetahui hal tersebut, sudah terlambat kerana Lisa sudah pun sampai di hadapan rumahnya! Apakah yang terjadi kepada Razali? Misteri besar bakal terjawab apabila selesai membaca novel ‘Komputer Berhantu’.

Buku Berkaitan


Berita


Errata