Korban Kerusi Biru
oleh Ain Maisarah, Aman Wan


Versi Cetak

RM10

Beli Online

Boleh juga dibeli di Kedai Buku PTS

Sabah/Sarawak: RM 12
Format: Paperback
Saiz: 5 x 7.5

ISBN-13: 978-967-0411-98-9

Tarikh Terbit: 9 Sep 2016

Jumlah Muka Surat: 128


Versi eBook

Belum Terbit


Inilah kisah tentang Janna, seorang remaja yang mempunyai kebolehan melihat mahkluk halus. Pandang ke kanan, ada manusia tanpa kepala. Pandang ke kiri, ada wanita yang hitam mukanya. Ini membuatkan dirinya trauma dan berpindah ke Sri Bangsar.

Namun, disangka panas hingga ke petang, rupa-rupanya hujan di tengah hari. Di sekolah baru... Janna terpaksa berhadapan dengan masalah. Tersepit antara adegan buli Edora, si samseng raksasa melawan pelajar cemerlang bernama Nani. 

Paling menakutkan, Janna dapat melihat ada lembaga wanita berwajah mereput sering mengekori Nani, si mangsa buli. Lembaga itu menari-nari gembira setiap kali Nani berdukacita. Lidahnya panjang, sering menjilat wajah Nani dengan penuh kasih sayang. Nani juga ada rahsia paling besar dalam hidup yang cuba diselindung.

Siapakah lembaga tersebut? Apakah yang akan terjadi kepada Janna jika cuba menyelamatkan Nani? Siapa yang akan jadi korban kisah persahabatan, pembulian dan penderaan perasaan ini?

Ikuti novel hantu seram penuh pengajaran. Kadangkala manusia juga kejam, mengalahkan hantu syaitan!

Buku Berkaitan


Berita

Penulis Novel Remaja- Aman Wan dan Rashiela Nurain di Times Bookfair, Kota Kinabalu Disember Ini
ditulis oleh Asri Yussof

KOTA KINABALU: Times Bookfair yang akan berlangsung bermula pada 30 November hingga 10 Disember... Selanjutnya»


Errata