Kpop Boys Lawan Band Rock
oleh Ain Maisarah


Versi Cetak

RM10

Beli Online

Boleh juga dibeli di Kedai Buku PTS

Sabah/Sarawak: RM
Format: Paperback
Saiz: 7.5 x 5

ISBN-13: 978-967-0411-51-4

Tarikh Terbit: 15 Dec 2014

Jumlah Muka Surat: 128


Versi eBook

Belum Terbit


EXO, Super Junior dan Bangtan Boys! Ia trend muzik Korea yang paling digemari... meledak tanpa boleh disekat lagi! Siapa tidak suka KPOP? Maka dilabel ketinggalan. Siapa tidak minat KPOP? Tentu dianggap tidak mengikut arus zaman.

Atas pengaruh itu, apabila sekumpulan pelajar berpenampilan KPOP melawat Sekolah Sri Bangsar... habis semua orang jadi gila bayang! Tambahan pula... tiga jejaka bernama Niel, AJ dan Kim memang hebat menari dan smart sangat!

Populariti tiga jejaka KPOP Boys itu rupa-rupanya mencabar kumpulan rock Sri Bangsar yang digelar band Rangers. Selama ini Rangers bagaikan artis Sri Bangsar, digemari peminat kerana bersuara emas. Malangnya... Roy, Zack dan Adi mula diketepikan. Semuanya gara-gara perhatian kepada KPOP Boys semata-mata!

Akibat cemburu meluap, strategi sabotaj dirangka penuh jahat. Operasi cicak dan sos wasabi diatur, demi mengenakan KPOP Boys yang dibenci sangat. KPOP Boys pula menyerang balas, memalukan band rock Rangers di atas pentas.

Sampai bila KPOP Boys dan Band Rock akan berbalah? Adakah hingga satu Sekolah Sri Bangsar terpalit bermasalah? Siapa yang juara akhirnya? Ikuti novel ini hingga habis ya!

Buku Berkaitan


Berita

Korea dan Malaysia: Miss Kimchi Lawan Raja Sambal
ditulis oleh Chayu Afifi Nordin

Siri novel LAWAN kali ini membawakan Miss Kimchi Lawan Raja Sambal buat pembaca setia BLINK.... Selanjutnya»


Errata