Kuasa Kepimpinan 4E
oleh


Versi Cetak

RM20.00

Beli Online

Boleh juga dibeli di Kedai Buku PTS

Sabah/Sarawak: RM 23.00
Format: Trade Book
Saiz: 9 x 6 x 0.45

ISBN-13: 978-967-369-188-3

Tarikh Terbit: 7 Dec 2012

Jumlah Muka Surat: 192


Versi eBook

Belum Terbit


Jack Welch hanya mengambil pekerja yang hebat untuk bekerja bersama-sama beliau. Dengan kepimpinan beliau, Jack Welch dan pasukannya yang mantap mampu mengubah syarikat General Electric (GE) daripada sebuah syarikat yang sedang merudum teruk menjadi syarikat yang terbaik di dunia.

Model Kepimpinan 4E sangat berpengaruh. Model ini mencetuskan kontroversi dan menerima tentangan pada peringkat awal pelaksanaan. Jack Welch memecat ramai pengurus yang berfikiran sempit dan menggantikan mereka dengan individu yang bersedia membaca kehendak pelanggan dan pasaran. Beliau juga menjual lebih 100 bisnes yang tidak sejajar dengan visi GE dan memberhentikan lebih 100,000 orang pekerja. Tiga tahun selepas penyusunan semula yang menyakitkan ini, GE berubah sepenuhnya menjadi syarikat yang hebat.

Model ini digunakan oleh Jack Welch bagi memilih dan melatih pekerjanya menjadi aset terbaik dalam syarikat. Model ini terbukti berkesan dapat menjimatkan kos, menguntungkan syarikat, dan melahirkan pekerja serta pemimpin hebat.

Antara teknik kepimpinan yang sangat berpengaruh dan perlu dimiliki oleh Pemimpin 4E adalah:

- Membuat keputusan yang terbaik dengan penuh yakin walaupun dalam situasi sukar

- Mengurangkan karenah birokrasi dan merobohkan tembok penghalang antara pemimpin dan pekerja

- Memberi ganjaran kepada pekerja yang mencetuskan idea-idea baru tanpa mengira pangkat mereka

- Menambahbaik strategi lama dan mencipta strategi baru bagi mengembangkan syarikat

Bab 1 - Pemimpin Bertenaga (Energy)

Bab 2 - Pendorong Bertenaga (Energizes)

Bab 3 - Berjiwa Cekal (Edge)

Bab 4 - Pelaksana yang Cekap (Executes)

Bab 5 - Robohkan dan Bina Semula

Bab 6 - Pembangunan Kepimpinan Satu Keutamaan

Bab 7 - Pelaksanaan Adalah Segala-galanya

Bab 8 - Tingkatkan, Perluaskan, Kembangkan

Bab 9 - Serang Apabila Semua Orang Berundur

Buku Berkaitan


Berita

Pilihan Terbaik PTS @ PBAKL 2013: Kuasa Kepimpinan 4E
ditulis oleh Hairul Faizal Adli

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur kini kembali dengan tema Buku Menjana Kepintaran Kreatif... Selanjutnya»


Errata