Buku

Laskar Cinta

oleh Isma Ae Mohamad

RM 14.00 / RM 16.00Sabah/Sarawak
Beli Versi Cetak
Bookcafe Shopee Lazada

ISBN: 978-967-5136-65-8

Muka Surat: 224

Saiz:

Tarikh Terbit: 2 Sep 2010

Rimba sempadan Thai-Myanmar mungkin seindah Kashmir, ibarat syurga yang tersembunyi, ‘kaw thoo lei’. Namun, syurga ini tidak pernah damai. Sengketa telah sekian lama menodai keamanannya. Kaum Karen terpaksa menjadi pelarian di bumi sendiri dan mereka sentiasa mendambakan kembali tanah air mereka.

 

Nadine, seorang gadis Malaysia yang patah hati kerana putus tunang telah membawa diri ke sempadan Thai-Myanmar dan menjadi sukarelawan di sebuah kem pelarian kaum Karen. Dia mengharapkan dapat menemui ketenangan, namun yang terzahir indah khabar dari rupa. Kerana pertelagahan dan dendam, Nadine menjadi mangsa culik kumpulan pengedar dadah.

 

Kim, seorang remaja kaum Karen yang tidak percayakan perang dapat menyelesaikan masalah. Dia berhasrat membantu kaumnya dengan cara lain, dan bercita-cita berhijrah ke Amerika melalui program penempatan semula pelarian. Namun, apabila permohonannya gagal, dia memberontak. Kim akhirnya menyertai rakan-rakannya menyertai kumpulan pejuang gerila.

 

Setelah seorang rakan mereka dibunuh dengan kejam di hadapan mata, akhirnya mereka sedar identiti sebenar pejuang gerila yang Kim dan rakan-rakannya sertai.

 

Bagai serigala berbulu kambing, atas nama perjuangan mereka mengangkat senjata!

1. Pengembaraan Bermula

2. Jawapan Tuhan

3. Dunia Baharu

4. Kim dan Geng

5. Mae La, Oh Mae La

6. Ada Cinta, Ada Gembira

7. Tiada dalam Senarai

8. Impian Amerika Musnah

9. Kaw Thoo Lei

10. Menjadi Pejuang

11. Penculikan

12. Utopia

13. Youtube

14. Nay Mahu Pulang

15. Cinta Kim

16. Serang Hendap

17. Operasi

18. Ko Moe

19. Bravo

20. Mandi

21. Mencari Jalan Pulang

22. Eh San

23. Pemburu Sudah Sampai

24. Lari

25. Naypydaw

26. Pelarian Terakhir

27. Pasca-Gerila

     Epilog

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024