Lolongan Tandas Sekolah
oleh Ain Maisarah, Alam Anuar


Versi Cetak

RM10

Beli Online

Boleh juga dibeli di Kedai Buku PTS

Sabah/Sarawak: RM 12
Format: Paperback
Saiz: 5 x 7.5

ISBN-13: 9789670411750

Tarikh Terbit: 4 Mar 2016

Jumlah Muka Surat: 128


Versi eBook

Belum Terbit


Tandas Sekolah Menengah Sri Bangsar terbakar! Habis rentung semua isi dalamnya, malah ada seorang mangsa dijumpai terkorban! Keras rentung, mayatnya hitam bagaikan arang. Punca kejadian tidak diketahui, maka ia dianggap kemalangan akibat litar pintas.Pihak sekolah juga tidak mahu kontroversi, mengharap kisah itu ditutup dan tidak diuar-uarkan. Wartawan dibayar supaya jangan tulis cerita hebahan. Tambah lagi apabila status si mati adalah anak yatim piatu yang tidak punya sesiapa.

Atas rahsia besar yang tersimpan, siapa sangka... seorang gadis bernama Hani tiba-tiba melihat bayangan. Entiti lembaga hitam, bertubuh merah menyala macam daging terbakar selalu menjelma di tandas sekolah. Setiap kali muncul, ia terlolong-lolong meminta tolong. Turut tertera di cermin tandas, tiga tulisan ~ Ganas. Kurus. Botak.

Hani selama hidupnya, tidak pernah dibuka hijab. Tidak pernah melihat hantu. Tidak pernah didampingi saka. Kini tanpa rela, perlu melalui pengalaman yang sangat misteri nusantara. Dan dirinya mesti merungkap apa maksud Ganas, Kurus dan Botak jika mahu segalanya kembali aman sejahtera.Selamat membaca kisah Lolongan Tandas Sekolah, selepas ini pergi tandas mesti berteman ya!

Buku Berkaitan


Berita

Hantu Kutip Hutang: Hutang Tetap Kubawa Mati
ditulis oleh Izzati Nadia ZI

Kepada para peminat Ain Maisarah, pasti anda berasa gembira apabila mengetahui penulis ini... Selanjutnya»

Lolongan Tandas Sekolah: Dendam Yang Terkunci
ditulis oleh Izzati Nadia ZI

Sebut sahaja nama Ain Maisarah, pasti para pembaca teringat pada siri novel ‘Aku Mahu…’. Gaya... Selanjutnya»


Errata