Mr. Right Selebriti
oleh Ain Maisarah


Versi Cetak

RM20

Beli Online

Boleh juga dibeli di Kedai Buku PTS

Sabah/Sarawak: RM 23
Format: Trade Book
Saiz: 7.25 x 4.5 x 0.8

ISBN-13: 978-967-0411-12-5

Tarikh Terbit: 17 Nov 2012

Jumlah Muka Surat: 432


Versi eBook

Belum Terbit


Nana Ilyana, dahulu popular sebagai The Wannababes di Sekolah Sri Bangsar. Kini usianya di penghujung 20-an, masih seorang tiada berteman. Tiada calon suami boleh dibawa bertemu keluarga dan diperkenalkan.

Mencari teman hidup bukan semudah memilih kasut. Itu motto Nana bila bercerita tentang jodoh. Lalu dia membuka mata luas-luas, hasrat hati mahu memilih lelaki yang paling setia dan paling menghargainya. Namun hakikatnya, itu misi mustahil kerana pada usia sebegini, lelaki-lelaki baik kebanyakannya sudah berkahwin dan beranak dua!

Ramai mengesyorkan carian jodoh di Facebook. Namun Nana sendiri tidak menyangka jodohnya melalui jalan berbeza. Bukan Jalan TAR yang sesak sentiasa, tetapi melalui jalan menyertai program realiti TV yang terkemuka. Nana dipilih memasuki program mencari jodoh di TV dan tanpa disangka, hatinya betul-betul terpaut pada seorang selebriti. Selebriti yang turut direbut oleh 12 orang gadis!

Mampukah Nana jadi suri hati selebriti itu? Atau ada rahsia besar yang bakal merosakkan segala harapan hidup bersama? Ketahui kisah Nana dalam novel Mr. Right Selebriti ini!