Mangsa Cinta
oleh Shasya Ali, Rashiela Nurain


Versi Cetak

RM10

Beli Online

Boleh juga dibeli di Kedai Buku PTS

Sabah/Sarawak: RM 12
Format: Paperback
Saiz: 7.5 x 5

ISBN-13: 978-967-2040-23-1

Tarikh Terbit: 29 Aug 2017

Jumlah Muka Surat: 128


Versi eBook

Belum Terbit


Nadrah gembira dapat bercuti ke Thailand. Namun segalanya bertukar tragedi sekelip mata... pelajar 13 tahun itu terpisah daripada kakak dan abang iparnya. Itulah permulaan yang membawanya ke ‘neraka dunia’!

Gadis malang itu diculik dan dikerah menjadi peminta sedekah. Dirinya tidak kenal sesiapa, tempat tinggal pun beralaskan kotak semata-mata. Tiada ibu tercinta, jauh sudah dengan ayah untuk mengadu-domba. Meratap nasib sengsara, hanya berserah kepada yang Maha Esa.

Baru sahaja cuba lari, salah satu tangannya dikerat tanpa simpati. Malah dia dipaksa mengedar dadah!

Sehinggalah terbongkar rahsia, dirinya adalah mangsa sindiket pemerdagangan manusia. Sejak awal lagi segalanya memang dirancang oleh syaitan bertopengkan manusia!

Siapa sebenarnya yang terlibat dalam agenda keji tersebut? Dapatkah Nadrah bertemu semula keluarga, ataupun terus terseksa?

Ketahui kisah hidup Nadrah, inspirasi kisah mangsa jenayah sebenar. Hayati isi hati Nadrah yang sepatutnya seorang pelajar baru masuk sekolah menengah, bukannya pengedar dadah akibat Mangsa Cinta.

Buku Berkaitan


Berita


Errata