Milahficient Dan Puteri Aurorah
oleh Ain Maisarah


Versi Cetak

RM15

Beli Online

Boleh juga dibeli di Kedai Buku PTS

Sabah/Sarawak: RM
Format: Paperback
Saiz: 7.5 x 5

ISBN-13: 978-967-2040-11-8

Tarikh Terbit: 27 Apr 2017

Jumlah Muka Surat: 240


Versi eBook

Belum Terbit


Aduan Kepada Konsortium Pari-Pari
 

Nama pengadu: Raja Aur Bora Bora, ketua negara Beauty

Aduan: 
Adanya beta sedang susah hati mengenang nasib si puteri tunggal. Sepatutnya, pada usia 16 tahun, anakanda beta sudah menerima sumpahan ditusuk alatan tajam. Lalu kemudian tertidur lena dan nantinya seorang putera raja akan hadir memberi bahagia sekaligus memeterai sumpahan yang tercipta. Kini hari lahir Aurorah sudah sebulan berlalu, namun kenapa tiada sumpahan yang berlaku? Tiada tusukan tajam, tiada tanda-tanda akan koma berpanjangan! 

Ah... seluruh istana tahu betapa beta telah mencuba 1001 cara untuk ‘menyumpah’ Aurorah. Wajah dan tubuhnya sudah ditusuk-tusuk sehingga berlubang-lubang. Diberi makan pil tidur dan dipukau supaya mengantuk. Paling drastik, kepala puteri diketuk dengan kuali sehingga pengsan! Namun peliknya dia tetap terjaga celik mata, siap tumbuh benjol besar di kepala. Aduhai... sungguh stres memikirkannya! Aurorah bagaikan puteri tidak mahu terlelap!

Mohon kepada ejen pari-pari supaya membantu Aurorah untuk disumpah. Semoga puteri beta terlena dan ada anak raja yang datang jadi menantu membawa ~ happily ever after. Setelah itu.. barulah terlerai sumpahan buat selama-lamanya.

Tolonglah kami! Sumpahlah Aurorah!

Yang benar,
Aur Bora Bora
13 Augustus Tahun Dongenglah