Miss KPOP Lawan Che Mek Molek
oleh Ain Maisarah, Hazira Hanapi


Versi Cetak

RM10

Beli Online

Boleh juga dibeli di Kedai Buku PTS

Sabah/Sarawak: RM 12
Format: Paperback
Saiz: 5 x 7.5

ISBN-13: 978-967-0411-78-1

Tarikh Terbit: 4 Mar 2016

Jumlah Muka Surat: 128


Versi eBook

Belum Terbit


Kegilaan remaja kini ~ budaya Korea yang rancak lagi popular! Apatah lagi ditambah dengan kacaknya Oppa Korea, ia mampu buatkan jantung berdegup kencang, mata sampai membuntang, urat muka pun jadi tegang! Memang gila bayang! Bertambah gila sekiranya ada pengumuman konsert jelajah di Malaysia. Automatik bagaikan ombak di lautan, peminat KPOP menunjukkan padunya sokongan! Syilala juga begitu... peminat BigBang paling fanatik tahap maksima!

Berlainan personaliti dengan Ema Mona, gadis itu begitu menitik beratkan budaya Melayu tradisional. Tariannya lembut-gemalai. Berpenampilan baju kurung yang bersulam keemasan dengan kerongsang besar. Memang cantik, memang tertawan!Akibat berbeza budaya, Syilala mahu buktikan bahawa tarian tradisional tersangatlah ketinggalan zaman. Manakala tarian rentak KPOP lebih menyeronokkan. Ema Mona pula begitu lantang mempertahankan seni tradisional Melayu yang semakin dilupakan.

Perang antara budaya Melayu dan budaya Korea mula tercetus. Mereka saling berlawanan dan mensabotaj latihan-latihan tarian yang diadakan bagi membuat persiapan hari persembahan Sri Bangsar. Kedua-duanya mahu buktikan tarian siapa yang paling hebat. Miss Oppa lawan Cek Mek Molek, siapa yang akan menang akhirnya?

Buku Berkaitan


Berita

Peperangan Budaya: Miss KPOP Lawan Che Mek Molek
ditulis oleh Asri Yussof

Miss KPOP Lawan Che Mek Molek, pertama kali membaca judulnya, kita sudah tahu penulis cuba membawa... Selanjutnya»


Errata