Miss Shawlistar Lawan Miss Bawalistar
oleh Ain Maisarah


Versi Cetak

RM10

Beli Online

Boleh juga dibeli di Kedai Buku PTS

Sabah/Sarawak: RM
Format: Paperback
Saiz: 7.5 x 5

ISBN-13: 978-967-0411-50-7

Tarikh Terbit: 15 Dec 2014

Jumlah Muka Surat: 128


Versi eBook

Belum Terbit


Syamira ~ remaja yang mempunyai ramai pengikut di Instagram, lebih 5000 orang! Cukup besar pengaruh di media sosial, alangkan artis yang meningkat naik pun terkial-kial hendak mendapatkan jumlah pengikut yang sama. Atas kriteria itulah, Syamira menjadi peneraju Geng Tudung Bawal. Pandai mempelbagaikan ikatan, membuatkan personalitinya menyerlah bak bintang.

Na'abella ~ kapten bola tampar perempuan itu memang juara dalam bab membelit selendang. Padanan gaya yang moden, membuatkan Na'abella popular ala-ala artis baru berhijrah. Tambah lagi trend yang digayakan adalah ikutan remaja sekarang, memang meletuplah!

Dua remaja ini bertembung apabila dicalonkan menjadi Penolong Ketua Pengawas. Syamira menggunakan taktik pemberian tudung bawal percuma kepada pengundinya. Tidak cukup dengan itu, Syamira mengiklankan diri dalam majalah arus perdana! Na’abella pula lebih ganas, mempromosikan diri di stesen TV terkemuka!

Keduanya teruja berebut jawatan, sampai sanggup berperang besar! Perang poster dan jaja kisah buruk pihak lawan... itu asam garam kempen yang dilakukan.

Siapa bakal pemenang? Antara Miss Shawlistar dan Miss Bawalistar... siapa yang lebih menyerlah? Ikuti kisah novel LAWAN ini yang banyak pengajarannya!

Buku Berkaitan


Berita

Korea dan Malaysia: Miss Kimchi Lawan Raja Sambal
ditulis oleh Chayu Afifi Nordin

Siri novel LAWAN kali ini membawakan Miss Kimchi Lawan Raja Sambal buat pembaca setia BLINK.... Selanjutnya»


Errata