Miss Spa Lawan Gadis Kampung
oleh Ain Maisarah


Versi Cetak

RM10

Beli Online

Boleh juga dibeli di Kedai Buku PTS

Sabah/Sarawak: RM
Format: Paperback
Saiz: 7.5 x 5

ISBN-13: 978-967-0411-53-8

Tarikh Terbit: 15 Dec 2014

Jumlah Muka Surat: 128


Versi eBook

Belum Terbit


Cantik bergaya? Itu memang idaman semua! Jika boleh badan mestilah langsing macam biola. Paling didamba, muka biarlah licin bak telur dikupas. Oh... rambut pula diimpikan cantik mengurai macam model syampu dalam kaca televisyen!

Demi mendapatkan kecantikan maksima, bagi Syaza si anak pemilik spa... tentulah segalanya perlu dilakukan dengan rawatan paling moden. Mesin urutan menggunakan getaran air hidro. Muka diwapkan dengan bekalan oksigen sejuk. Pada ketika rawatan, bau lavendar wajib memenuhi ruang hidung!

Lain pegangannya dengan Mawar, si gadis kampung. Hanya bedak sejuk ditepek ke muka, murah dan dibuat sendiri sahaja. Ubat suburkan rambut, mudah... lulurkan biji betik yang dikisar dan dijemur. Jika mahu langsingkan badan... tidak perlu susah-susah. Beriadahlah cara paling mudah, berlari-lari di tepi sawah ataupun tangkap belut di dalam kolam air tawar!

Syaza dan Mawar berbeza pegangan, jadi berlawanan apabila disuruh bergabung membuat blog kecantikan Sekolah Sri Bangsar!

Cara moden ataupun tradisional? Rawatan spa ataupun gaya kampung? Peperangan dua penjuru kini meletus! Siapa pemenangnya? Ketahui kisah ini dalam novel 'Miss Spa LAWAN Gadis Kampung'.

Buku Berkaitan


Berita

Peperangan Budaya: Miss KPOP Lawan Che Mek Molek
ditulis oleh Asri Yussof

Miss KPOP Lawan Che Mek Molek, pertama kali membaca judulnya, kita sudah tahu penulis cuba membawa... Selanjutnya»


Errata