Mukjizat Surah Al-Kahfi
oleh Muhammad Mokhtar


Versi Cetak

RM17.00

Beli Online

Boleh juga dibeli di Kedai Buku PTS

Sabah/Sarawak: RM 19.00
Format: Paperback
Saiz: 5.5"x8.5"

ISBN-13: 978-967-481-193-8

Tarikh Terbit: 5 Dec 2018

Jumlah Muka Surat: 184


Versi eBook

Belum Terbit


Fitnah dajal adalah fitnah yang paling dahsyat. Fitnah dajal bukan sekadar fitnah fizikal, bukan juga sekadar gosip-gosip liar. Fitnah dajal itu adalah fitnah yang halus, seumpama silap mata. Fitnahnya membuatkan perkara yang baik kelihatan buruk. Sementara perkara yang buruk pula kelihatan baik. 

Namun, Allah s.w.t. itu maha adil. Dia menyediakan kita bekalan. Bekalan itu adalah surah Al-Kahfi

Mukjizat Surah Al-Kahfi menekuni satu per satu perbincangan perihal surah Al-Kahfi. Kita dapat mengetahui banyak perkara, seperti sebab turunnya surah ini, tafsiran ayat, dan kelebihan-kelebihan ayatnya. 

Mukjizat Surah Al-Kahfi hanya dari segi bacaan, tetapi merangkumi rahsia isi-isinya. Antaranya adalah:

  • Rahsia Ashabul Kahfi

  • Rahsia Zulkarnain

  • Rahsia pengembaraan Nabi Musa a.s. dan Nabi Khidir a.s.

  • Rahsia teguran Allah s.w.t. kepada Nabi Muhammad s.a.w.

     

Ternyata, ini adalah surah pendinding dajal. Ini adalah mesej daripada Allah s.w.t. kepada kita.

Bab 01 Al-Quran sebagai Sumber Segala Ilmu

Bab 02 Surah Al-Kahfi, Ilmu Pengetahuan, dan Kisah-Kisah

Bab 03 Sejarah dalam Surah Al-Kahfi

Bab 04 Ilmu dalam Pandangan Al-Quran

Bab 05 Ilmu Pengetahuan dan Teknologi dalam Islam

Bab 06 Membaca Surah Al-Kahfi dapat Mencerdaskan Fikiran dan Menjernihkan Hati