OMG! A+
oleh Ain Maisarah, Haziq Ridzuan


Versi Cetak

RM10

Beli Online

Boleh juga dibeli di Kedai Buku PTS

Sabah/Sarawak: RM 12
Format: Paperback
Saiz: 7.5 x 5

ISBN-13: 978-967-2040-08-8

Tarikh Terbit: 27 Apr 2017

Jumlah Muka Surat: 128


Versi eBook

Belum Terbit


Raina calon SPM, terkenal dengan kebijaksanaan. Sentiasa mendapat markah tertinggi dan tempat pertama. Namun dalam peperiksaan awal tahun, keputusannya sedikit merudum walaupun masih mengekalkan takhta pertama. 

Ayahnya yang bergelar profesor pula mengugut dan menekan.Meletak kondisi: mesti dapat semua gred A+ dalam peperiksaan! Gred lain gred murahan... gred kelas bawahan! Jika tidak capai target, Raina tidak dibenarkan sambung pelajaran di luar negara seperti yang diimpikan. 

Akibatnya, gadis cemerlang itu jadi obses dengan pelajaran. Kopi bergelen jadi peneman. Tidur pun di atas meja belajar! Kawan sembang? Ah... lupakan kerana bergosip-gosip itu hanya membuang masa! 

Satu hari, datang seorang pelajar baru, Madihah atau lebih mesra dipanggil Didi menjadi rakan sebelah meja yang mesra. Tetapi, Raina langsung tidak pernah menghiraukan. Baginya, Didi adalah musuh ketat dalam pelajaran. Tambahan pula Didi sering mengalahkannya dalam kuiz dan peperiksaan. 

Tatkala terdesak, fikiran jahat mengaburi minda. Sanggup dilakukan apa sahaja demi menjadi juara. Apakah yang bakal dilakukan oleh Raina? Mampukah dia mencapai semua A+ seperti yang diidam-idamkan? Semuanya terjawab di dalam OMG! A+....