OMG! Gadis Berhantu
oleh Ain Maisarah, Haziq Ridzuan


Versi Cetak

RM10

Beli Online

Boleh juga dibeli di Kedai Buku PTS

Sabah/Sarawak: RM
Format: Paperback
Saiz: 5 X 7.5

ISBN-13: 978-967-0411-69-9

Tarikh Terbit: 19 Nov 2015

Jumlah Muka Surat: 140


Versi eBook

Belum Terbit


Hantu? Itu makhluk yang mahu didampingi.
Rumah usang? Itu destinasi yang disukai.
Ini kisah tentang Siti Anum, budak yang sangat obses terhadap kisah-kisah seram, alam ghaib dan mistik. Dia sememangnya kera sumbang, tiada kawan dek kerana minatnya yang menakutkan.
Apabila berpindah ke Sekolah Sri Bangsar, neneknya iaitu Mak Esah bimbang sekiranya gadis itu tidak dapat menyesuaikan diri. Tidak mahu cucu kesayangan tambah terasing lagi, diaturkan pertemuan bersama anak rakan. Gadis bernama Zuliana diminta jadi teman paksa mesra dengan Siti Anum yang pelik orangnya.
Pada masa yang sama, kecoh di sekitar taman perumahan Sri Bangsar bahawa kawasan itu diganggu oleh hantu-hantu yang berkeliaran. Siti Anum yang sememangnya merupakan peminat sejati hantu menjadi teruja mahu menjejak makhluk itu. Siti Anum mengajak Zuliana agar menyertai misi gila yang menyeramkan bulu roma. 

Benarkah ada hantu mengganggu kedamaian Bangsar? Berjayakah Siti Anum menjejak hantu berkenaan? Apakah yang bakal menimpa Zuliana yang penakut apabila benar-benar bertentang mata dengan pocong dan pontianak? Semuanya terjawab dalam OMG! Budak Berhantu!

Buku Berkaitan


Berita

Hantu Buku Atau Heroin Buku? : Omg! Gila Buku
ditulis oleh Chayu Afifi Noordin

Siapa di sini mengaku dia seorang hantu buku? Sila angkat tangan! Hantu buku yang bagaimana? Hantu... Selanjutnya»

Mimpi Seram : Lembaga Kerusi Belakang
ditulis oleh Chayu Afifi Noordin

Latihan matematik, kerja sekolah serta buat nota, memang tidak disukainya. Sanggup didenda, dihalau... Selanjutnya»

Hantu Ataupun Badut Sarkas: Hantu Mahu Popular
ditulis oleh Chayu Afifi Noordin

Selama ini para pembaca sering dihidangkan dengan cerita hantu yang menyeramkan dan menakutkan... Selanjutnya»


Errata