OMG! Gila Shopping
oleh Ain Maisarah, Haziq Ridzuan


Versi Cetak

RM10

Beli Online

Boleh juga dibeli di Kedai Buku PTS

Sabah/Sarawak: RM
Format: Paperback
Saiz: 5 X 7.5

ISBN-13: 978-967-0411-73-6

Tarikh Terbit: 23 Sep 2015

Jumlah Muka Surat: 136


Versi eBook

Belum Terbit


Diskaun hebat! 50%! 70%! SALE! 
Oh... itulah penyakit Nina Jurina! Pantang melihat papan tanda mengenai shopping, tentu datang penyakit obsesi. Semua kasut hendak dibeli, segala jenis beg perlu dimiliki. Padanya, membeli itu terapi. Padahal status dirihanyalah seorang remaja yang tiada pendapatan sendiri.
Memandangkan Nina merupakan anak ahli perniagaan yang berpangkat, maka wang bukanlah isu yang menyekat. Gunakan sahaja kad kredit, segala barangan pasti boleh dibeli.
Pada suatu hari, ayahnya Dato’ Shukri tergerak hati menyemak bil kad kredit milik Nina. Ternganga mulut apabila mendapati anaknya itu berbelanja sehingga mencecah RM 10,000 dalam sebulan! Maka hukuman sekatan ekonomi dikenakan. Kad kredit ditarik balik. Nina dipaksa tinggal bersama mak ciknya, Mak Cik Suhada yang terkenal dengan perangai tangkai jering dan kedekut tahi hidung masin. 

Kini belanjawan Nina dikekang, tidak lagi dapat berbelanja macam The Wannababes yang jadi idola. Berjayakah obsesi gila berbelanja Nina Jurina itu disekat? Mampukah Nina mengawal nafsu shopping yang membara-bara di dalam jiwa? Baca segalanya di dalam novel OMG! Gila Shoping!

Buku Berkaitan


Berita

Obsesi Alam Ghaib: OMG! Gadis Berhantu
ditulis oleh Siti Zul Fatihah bt Zahari

Adakah anda seorang yang berani? Kalau ya, cabar diri untuk membaca buku OMG! Gadis Berhantu ini. Selanjutnya»

Si Kaki Gosip yang Ada Sahaja Ceritanya Setiap Masa: OMG! Ratu Gosip
ditulis oleh Siti Zulfatihah Zahari

Siapa di sini yang suka bergosip? Hah, lebih baik mengaku sekarang juga! Kali ini, Blink Book... Selanjutnya»

Ketaksuban Peminat KPOP yang Luar Biasa:  OMG! Oppa
ditulis oleh Siti Zulfatihah Zahari

Adakah anda peminat K-POP? Terlalu obses dengan muzik K-POP sehingga terbawa-bawa dalam kehidupan... Selanjutnya»

Aktiviti yang Diminati Oleh Setiap Orang: OMG! Gila Shopping
ditulis oleh Siti Zulaikha Zaherman

Shopping. Satu terapi diri, hobi dan siapa sahaja di dunia ini tidak gemar pada tabiat shopping... Selanjutnya»


Errata