OMG! Oppa
oleh Ain Maisarah, Haziq Ridzuan


Versi Cetak

RM10

Beli Online

Boleh juga dibeli di Kedai Buku PTS

Sabah/Sarawak: RM
Format: Paperback
Saiz: 5 X 7.5

ISBN-13: 978-967-0411-68-2

Tarikh Terbit: 23 Sep 2015

Jumlah Muka Surat: 128


Versi eBook

Belum Terbit


Lagu kumpulan EXO sentiasa berkumandang kuat pada tahap paling maksima. Boleh bergegar dinding rumah dibuatnya! Bibir turut menyanyikan bait-bait lirik lagu yang tidak difahami maksudnya. Tubuh bergoyang kiri dan kanan, mengikut rentak tarian kumpulan berkenaan.

Itulah rutin Suri, remaja yang terkena penyakit obses. Biliknya penuh dengan poster wajah-wajah oppa bermata sepet. Setiap hari mesti dikaji berita KPOP dan gosip. Paling didamba adalah mengumpul barangan merchandise eksklusif. Suri memang begitu suka pada KPOP sehingga perkara lain tidak dipandang, hanya KPOP jadi dambaan!

Paling kronik ketika Suri mendapat tahu bahawa kumpulan KPOP kegemarannya akan julung-julung kali membuat konsert di Malaysia. Suri mesti pergi, walaupun tiketnya beratus ringgit. Suri wajib hadiri, walaupun esoknya ada peperiksaan genting. Lalu dirancang pelbagai cara mengumpul dana supaya boleh membeli tiket. Suri juga sudah siap-siap membuat pelan rahsia agar ibu bapanya memberi kebenaran pergi ke konsert.

Suri si gadis obses KPOP, tidak menyangka tindakannya itu akan berakhir dengan insiden yang memakan diri. Apa yang terjadi pada Suri? Bacalah novel ini sambil dengar lagu KPOP terkini!

 

Buku Berkaitan


Berita

Obsesi Alam Ghaib: OMG! Gadis Berhantu
ditulis oleh Siti Zul Fatihah bt Zahari

Adakah anda seorang yang berani? Kalau ya, cabar diri untuk membaca buku OMG! Gadis Berhantu ini. Selanjutnya»

Ketaksuban Peminat KPOP yang Luar Biasa:  OMG! Oppa
ditulis oleh Siti Zulfatihah Zahari

Adakah anda peminat K-POP? Terlalu obses dengan muzik K-POP sehingga terbawa-bawa dalam kehidupan... Selanjutnya»

Merah Jambu Idaman Kalbu: OMG! Gila Pink
ditulis oleh Siti Zulfatihah Binti Zahari

Tentu ramai yang tidak tahu, siri OMG ini adalah siri yang bertemakan obsesi terhadap sesuatu... Selanjutnya»

Aktiviti yang Diminati Oleh Setiap Orang: OMG! Gila Shopping
ditulis oleh Siti Zulaikha Zaherman

Shopping. Satu terapi diri, hobi dan siapa sahaja di dunia ini tidak gemar pada tabiat shopping... Selanjutnya»


Errata