OMG! Ratu Gosip
oleh Ain Maisarah, Haziq Ridzuan


Versi Cetak

RM10

Beli Online

Boleh juga dibeli di Kedai Buku PTS

Sabah/Sarawak: RM
Format: Paperback
Saiz: 5 X 7.5

ISBN-13: 978-967-0411-70-5

Tarikh Terbit: 23 Sep 2015

Jumlah Muka Surat: 136


Versi eBook

Belum Terbit


Ritah Ridaini, mulutnya mengalahkan murai tercabut ekor. Jika tidak bergosip seharian... badan terasa seram sejuk. Segala kontroversi artis dihafal dalam minda, segala isu di Sekolah Sri Bangsar memang diketahuinya. Itu buatkan Ritah paling terkemuka, setaraf wartawan Melodi yang dicari-cari semua.
Ritah juga pengumpul tegar majalah hiburan, dijilidkan satu per satu mengikut keluaran. Diletakkan label kategori gosip yang mahu dibuat rujukan. Memang Ritah seorang penggosip tegar! 
Pada suatu hari, Ritah menjumpai sebuah diari yang mengandungi segala rahsia sulit para pelajar perempuan di Sekolah Sri Bangsar. Ritah gigih menyebarkan apa yang terkandung di dalam diari berkenaan. Akibatnya, berlaku kekecohan yang maha dahsyat kerana pelajar-pelajar perempuan jadi bertengkar sesama sendiri dek gosip liar yang disebarkan.

Akibat insiden itu, Ritah dipulaukan dan disisihkan kerana tidak tahan dengan mulut celuparnya yang suka melaga-lagakan. Pada saat semua meminggirkan, Manja muncul sebagai penyelamat. Menawarkan diri menjadi sahabat, membantu Ritah mengurangkan ketagihan kepada aktiviti gosip yang melampaui batasan. Mampukah Manja menyekat nafsu bergosip Ritah yang dahsyat? Dapatkan jawapannya di dalam novel ini ya!

Buku Berkaitan


Berita

Obsesi Alam Ghaib: OMG! Gadis Berhantu
ditulis oleh Siti Zul Fatihah bt Zahari

Adakah anda seorang yang berani? Kalau ya, cabar diri untuk membaca buku OMG! Gadis Berhantu ini. Selanjutnya»

Si Kaki Gosip yang Ada Sahaja Ceritanya Setiap Masa: OMG! Ratu Gosip
ditulis oleh Siti Zulfatihah Zahari

Siapa di sini yang suka bergosip? Hah, lebih baik mengaku sekarang juga! Kali ini, Blink Book... Selanjutnya»

Ketaksuban Peminat KPOP yang Luar Biasa:  OMG! Oppa
ditulis oleh Siti Zulfatihah Zahari

Adakah anda peminat K-POP? Terlalu obses dengan muzik K-POP sehingga terbawa-bawa dalam kehidupan... Selanjutnya»

Merah Jambu Idaman Kalbu: OMG! Gila Pink
ditulis oleh Siti Zulfatihah Binti Zahari

Tentu ramai yang tidak tahu, siri OMG ini adalah siri yang bertemakan obsesi terhadap sesuatu... Selanjutnya»


Errata