Buku

Panduan Memborong di China

oleh Muhammad Nizar Bin Jamaludin, Nur Hafizah Shaarani

RM 17.00 / RM 19.00Sabah/Sarawak
Beli Versi Cetak
Bookcafe Shopee Lazada
Beli Versi Ebook
 

ISBN: 978-967-369-126-5

Muka Surat: 224

Saiz:

Tarikh Terbit: 20 Sep 2011

Untung 600%:

Buku ini menyediakan panduan lengkap untuk sesiapa sahaja yang mahu mengaut keuntungan sehingga 600% dan memborong pelbagai barangan pada harga yang begitu murah.

Murah dan berkualiti:

China adalah lubuk barangan yang berkualiti pada harga yang murah. Mitos bahawa barangan buatan China rendah kualitinya dinafikan oleh buku ini. Buku ini menyenaraikan plaza-plaza borong yang menyediakan barangan yang bermutu dan memberi panduan kepada kita bagaimana memborongnya pada harga yang murah. Murah dan berkualiti, itulah kata kuncinya.

Tip survival:

Orang yang tersesat di padang pasir sekalipun mampu hidup, inikan pula anda yang pergi memborong di China. Makanan halal, hotel yang murah, pengangkutan terbaik, teknik tawar-menawar, teknik mengesan penipuan, dan panduan memborong dihuraikan secara terperinci dalam buku ini.

Lengkap dan terperinci:

Inilah kelebihan buku ini. Panduan dalam buku ini membimbing anda bermula dari rumah anda di Malaysia, menjaga keselamatan anda daripada ditipu, menemani anda memborong di China, membantu anda membawa pulang barangan borong ke Malaysia, dan yang paling penting, memuaskan hati anda dengan keuntungan sehingga 600%.

Panduan dan teknik tambahan:

  • Panduan mendapat kadar tukaran wang yang tinggi

  • Panduan memilih produk yang laris di pasaran

  • Panduan beribadah dalam kesibukan di plaza borong

  • Teknik tawar-menawar dan mengambil hati peniaga Cina

Bahagian 1: Pengenalan Tentang China

Bab 1 China, Paksi Ekonomi Dunia

Bab 2 Matawang

Bab 3 Cuaca Di Guangzhou

Bab 4 Penduduk Dan Budaya China

Bahagian 2: Persediaan Sebelum Ke China

Bab 5: Perancangan Ke China

Bab 6: Passport Dan Visa

Bab 7: Penerbangan Ke Guangzhou

Bab 8: Jumlah Wang Untuk Dibawa

Bab 9: Senarai Semak Untuk Ke China

Bahagian 3: Apa Yang Ada di China

Bab 10: Minggu Emas Di Guangzhou

Bab 11: Tempat Menarik Untuk Dilawati

Bab 12: Canton Fair

Bab 13: Plaza Borong, Syurga Untuk Memborong

Bahagian 4: Tip Memborong di China

Bab 14: Budaya Bisnes Orang Cina

Bab 15: Merancang Borongan Pertama

Bab 16: Mengkaji Pasaran Tempatan

Bab 17: Memilih Produk Bermanfaat

Bab 18: Alibaba Dan 40 Penyamun Di China

Bab 19: Penipu Bercakap Melayu

Bab 20: Katalog Barang

Bab 21: Warranti Barangan China

Bab 22: Menghantar Barang Ke Malaysia

Bahagian 5: Tip Survival di China

Bab 23: Hotel

Bab 24: Jurubahasa

Bab 25: Pengangkutan

Bab 26: Makanan Halal

Bab 27: Waktu Solat

Bab 28: Telefon dan Internet

Bab 29: Peminta Sedekah Profesional

Bab 30: Nota Tambahan di Plaza Borong

Bahagian 6: Bonus

Bab 31: Pulang ke Malaysia

Bab 32: Mitos Bisnes Borong China

Bab 33: Risiko ke China

Bab 34: Untung Peniaga Kampung

Bab 35: Trip Borong China

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024