Perang Mulut
oleh Badrul Sani, Ain Maisarah


Versi Cetak

RM10

Beli Online

Boleh juga dibeli di Kedai Buku PTS

Sabah/Sarawak: RM 12
Format: Paperback
Saiz: 7.5 x 5

ISBN-13: 978-967-2040-22-4

Tarikh Terbit: 20 Sep 2017

Jumlah Muka Surat: 128


Versi eBook

Belum Terbit


Sharifah Aliyah @ Miss Bisu: Mempunyai fobia bercakap tahap tertinggi. Apabila berkomunikasi dengan rakan sebaya, hanya geleng dan angguk respons yang diberi. Disuruh guru tampil memberitahu jawapan, dia lebih sanggup menulis panjang-panjang di papan hitam. Kroniknya fobia itu berlaku kerana adanya satu rahsia yang kekal tersimpan. 

Norkiah @ Si Mulut Laser: Pendebat sekolah yang petah berbicara. Kekuatannya adalah membidas kata, memberitahu apa yang terlintas dalam hatinya. Tidak kiralah caci maki ataupun hina cerca. Merasa diri hebat kerana bijak berhujah, memandang rendah orang lain... itu tabiatnya!

Dua gadis berbeza personaliti, tiba-tiba dipaksa bekerjasama di dalam Kelab Debat. Ia mencetuskan peperangan besar apabila tidak serasi bersama! Sehingga hina- menghina dan ada unsur-unsur buli yang keterlaluan pula. Mampukah Miss Bisu menyerlahkan diri? Ataupun adakah Si Mulut Laser akan sentiasa mendominasi?

Segalanya akan terjawab dalam penceritaan ini. Disertakan dengan bantuan tip AMPACOACH BADRUL SANI, speaker Bijak Bicara yang telah membantu ribuan remaja supaya tampil lebih berani. 

Perang Dua Remaja - baca novel hingga habis... pasti dapat banyak ilmu, seronok membaca kisah fiksyen dan aplikasikan tip-tip yang diberi!


Buku Berkaitan


Berita


Errata