Pink Riding Hood & Serigala Tembam
oleh Ain Maisarah


Versi Cetak

RM16

Beli Online

Boleh juga dibeli di Kedai Buku PTS

Sabah/Sarawak: RM 18
Format: Trade Book
Saiz: 5 X 7.5 X 0.5

ISBN-13: 978-967-0411-23-1

Tarikh Terbit: 26 Apr 2013

Jumlah Muka Surat: 272


Versi eBook

Belum Terbit


Ini kisah sambungan pengambaraan Fizz dan Tizz di alam dongeng. Kes kelima ini melibatkan Pink Riding Hood dan Serigala Tembam yang dituduh membunuh Grandmama. Ketua jahat cawangan Barat merangkap ketua atasan kedua klien kes. Mereka berstatus pelarian, diburu dan dituduh agensi tempat mereka bekerja sebagai ejen selama ini.

Dalam tempoh pelarian, Pink Riding Hood dan Serigala Tembam sempat menumpang di rumah tiga beranak Bear di tiga rumah yang berasingan. Papa Bear yang mencadangkan mereka menghantar surat aduan kepada Konsortium Pari-Pari apabila situasi semakin bahaya.

Sejarah latar dunia dongeng ada diceritakan. Dunia dongeng terbahagi kepada empat bahagian, iaitu Barat, Utara, Timur dan Selatan. Ia bukan dunia yang bulat. Ia adalah hamparan luas. Sempadan kawasan hujung paling kirinya adalah air terjun yang sangat dalam hingga tidak nampak dasar. Dan sempadan hujung paling kanan pula adalah gunung yang paling tinggi… hingga tidak nampak puncak. Dua sempadan ini tidak pernah dilepasi oleh mana-mana penduduk dongeng.

Sejarah agensi jahat turut diceritakan. Rupa-rupanya Grandmama masih hidup. Grandmama mahu hidup seperti insan biasa dan tidak mahu jadi penjahat lagi. Dia sengaja meletupkan rumah sendiri dan memalsukan kematian. Grandmama akhirnya membuat perjanjian dengan ejen pari-pari supaya merahsiakan semua itu. Sebagai balasan, Grandmama membongkar agenda pihak jahat, termasuklah memberikan beberapa klu yang amat bahaya dan tidak terduga.

Grandmama juga mahu berita kematian dua anak didiknya tersebar dan mereka semua akan berpindah ke tempat lain dengan identiti penyamaran yang baru.

Kes kelima gagal. Tiada hujan penamat yang bahagia seperti kes-kes yang lalu. Dalam keadaan terkejut kerana mendapat tahu rahsia terbesar di alam dongeng, Fizz tetap perlu bersemuka dengan pihak atasan. Fizz terpaksa membuat cerita rekaan yang kononnya klien mereka, iaitu Pink Riding Hood dan Serigala Tembam sudah terbunuh.

Buku Berkaitan


Berita

Membongkar Rahsia Tersembunyi: Pink Riding Hood Dan Serigala Tembam
ditulis oleh Nor Adilah Riduan

Blink Book sekali lagi menampilkan kelainan dalam novel bersiri Dongeng Sri Bangsar. Kali ini... Selanjutnya»

PTS @ Media: Ikuti Siaran Nasi Lemak Kopi O bersama Ain Maisarah
ditulis oleh

Nasi Lemak Kopi O, rancangan temu bual hujung minggu paling popular Malaysia, telah berjaya... Selanjutnya»


Errata