Projek Dekor-dekor Ain Maisarah
oleh Ain Maisarah


Versi Cetak

RM18

Beli Online

Boleh juga dibeli di Kedai Buku PTS

Sabah/Sarawak: RM 20
Format: Trade Book
Saiz: 5 X 7.5 X 0.5

ISBN-13: 978-967-0411-17-0

Tarikh Terbit: 26 Apr 2013

Jumlah Muka Surat: 228


Versi eBook

Belum Terbit


Malunya tidak terperi, memang merah pipi! Mana hendak diletak muka lagi? Di Sekolah Sri Bangsar, tingkatan 4D diumumkan sebagai kelas terkotor selama lima kali berturut-turut. 4D kini diberi jolokan ~ Tingkatan 4 Daki. Alisha selaku ketua tingkatan, terpaksa naik pentas dan menerima hadiah penyapu tanda sindiran!

Akibatnya, guru kelas mahu membatalkan rombongan tahunan. Ugutan tersebut membuatkan Alisha berusaha menyatukan rakan-rakan mentransformasi bilik darjah!

Menjadikan blog penulis novel Ain Maisarah yang mendekorasi rumah pink sebagai rujukan, misinya menceriakan kelas dengan beberapa cadangan:

  • Kelas dicat, barulah berubah wajah!

  • Lantai dialas karpet, mampu memberi suntikan mewah.

  • Meja perlu berbalut, lebih unik apabila dilapik span ala-ala bantal.

Idea sudah menarik, tetapi kewangan kelas hanya ada RM5. Jadi bagaimana mahu mengubah nasib?

Alisha turut mengalami masalah bilik tidur sendiri. Almari bukunya patah dan jatuh seperti nangka busuk! Malah meja solek turut rosak menyembah bumi. Alisha perlu lakukan dua Projek Dekor-Dekor sekaligus, amboi... macam interior designer pula! Mampukah Alisha berjaya? Ikuti segalanya dalam novel Projek Dekor-Dekor Ain Maisarah.

Buku ini di bawah Siri Projek Ain Maisarah.

Buku Berkaitan


Berita

4 Projek Ain Maisarah Yang Anda Boleh Sertai
ditulis oleh Huzaifah Abd Jamil

Anak-anak remaja, tidak sah kalau tidak cuba-cuba untuk berlagak seperti orang dewasa. Oh, maaf,... Selanjutnya»


Errata