Puaka Tandas Berhantu
oleh Ain Maisarah, Haziq Ridzuan


Versi Cetak

RM10

Beli Online

Boleh juga dibeli di Kedai Buku PTS

Sabah/Sarawak: RM 12
Format: Paperback
Saiz: 5 x 7.5

ISBN-13: 978-967-0411-94-1

Tarikh Terbit: 15 Aug 2016

Jumlah Muka Surat: 128


Versi eBook

Belum Terbit


Amira, pelajar baru Sekolah Sri Bangsar. Kehadirannya ke situ tidak dialu-alukan kerana orang kampung tidak layak bersekolah di kawasan elit lagi urban.

Lebih malang, hari pertama sudah tersilap langkah. Terduduk di meja kantin yang dikhaskan untuk samseng sekolah bernama Rohana. Tambah sadis, Amira secara tidak sengaja tertumpahkan mi kari pada baju samseng menggerunkan itu. Apa lagi? Berlakulah adegan gasak-menggasak. 

Sangkanya, penderitaan akan berhenti. Namun Amira terus diperas, diminta membayar wang perlindungan. Terpaksalah dicuri wang hasil perniagaan nasi lemak ibunya yang tidak seberapa.

Suatu hari Amira berkenalan dengan pelajar bernama Amelia. Mujurlah sudi menjadi rakan pada kala yang lain menjauhinya. Amelia pula bercerita perihal tandas berpuaka yang boleh mengabulkan hajat. Atas desakan penderitaannya yang sering dibuli Rohana, ritual tandas berpuaka dibuat.

Sejak itu, Amira mula diganggu makhluk halus... malah ada kelibat berdamping dengannya. Kemuncak segala gangguan, berlakunya kejadian histeria berangkai di sekolah! Apakah yang bakal terjadi kepada Amira? Siapakah Amelia sebenarnya? Baca novel Puaka Tandas Berhantu, jangan minta kawan teman ke tandas pula!