Puteri Gunung Tendang dan 7 Hantaran Ajaib
oleh Ain Maisarah, Izanor Sharif


Versi Cetak

RM17

Beli Online

Boleh juga dibeli di Kedai Buku PTS

Sabah/Sarawak: RM
Format: Paperback
Saiz: 7.5 x 5

ISBN-13: 978-967-0411-38-5

Tarikh Terbit: 24 Apr 2014

Jumlah Muka Surat: 256


Versi eBook

Belum Terbit


Ini kisah sambungan pengembaraan Fizz dan Tizz di alam dongeng. Kes keenam ini melibatkan Puteri Gunung Tendang yang mengadu permasalahan jodoh. Puteri memberitahu bahawa ayahandanya sering menolak lamaran dan setiap barang hantaran pasti ditendang. Raja itu mahu hantaran unik yang tidak pernah disaksikan.

Pencarian calon suami dimulakan. Putera Katak yang sukar mendapat jodoh kerana paras rupa yang hodoh akhirnya bekerjasama dengan ejen pari-pari. Putera Katak itu disumpah kerana keturunan yang suka menyeksa binatang, dia sebenarnya manusia biasa.

Ahli rombongan meminang mendaki Gunung Tendang. Putera Katak turut ditemani pembantu, si zirafah comel bergelar Zidotbi. Selepas menemui banyak cabaran dan kejadian pelik sepanjang pendakian, mereka tiba di puncak. Membawa tujuh hantaran dari dunia nyata.

Semua hantaran habis ditendang oleh Nenek Meroyan, penasihat utama Raja. Rupa-rupanya, nenek berasal dari dunia realiti dan pernah melihat setiap barangan. Menukar strategi, ejen pari-pari naik lagi sekali membawa hantaran yang berbeza. Tizz sudah balik semula ke dunia realiti dan pilih barang-barang moden lagi canggih.

Raja mengumumkan pinangan diterima. Putera Katak bertukar jadi manusia yang tampan. Nenek Meroyan mengamuk, apa yang dibimbangkan selama ini terjadi. Nenek selalu menasihatkan supaya pinangan ditolak kerana tidak mahu pintu portal yang menghubungkan dua dunia terbuka. Pintu itu sememangnya terletak di puncak gunung.