Puteri Kemilau Cahaya
oleh Anna Raihana


Versi Cetak

RM22.00

Beli Online

Boleh juga dibeli di Kedai Buku PTS

Sabah/Sarawak: RM 25.00
Format: Trade Book

ISBN-13: 978-967-5406-43-0

Tarikh Terbit: 28 Oct 2010

Jumlah Muka Surat: 152


Versi eBook

Belum Terbit


Kelahiran Puteri Kemilau Cahaya menjadi kebencian pada Puteri Kencana Emas, kakak saudaranya sendiri. Pelbagai ujian dilalui Puteri Kemilau Cahaya apabila dia dan keluarganya dihalau oleh ibu saudaranya Dewi Pelangi. Dewi Pelangi yang cemburu dengan adiknya membuat pelbagai helah supaya dia dapat memerintah negeri Intan Bertatah. Berkat kesabaran dan usaha Puteri Kemilau Cahaya, akhirnya dia dapat menyelamatkan keluarganya dan kembali ke istana.

Nama Puteri Kemilau Cahaya diambil daripada bunga yang berwarna merah muda. Bunga itu hanya menjelma pada tengah malam pada bulan mengambang. Bunga yang hanya mengembang sekuntum itu berada di tengah-tengah hutan dan dikelilingi oleh lautan duri. Ia dijaga oleh seekor gergasi. Bunga itu juga yang menjadi penawar kepada racun yang diminum oleh Permaisuri Delima Sari, bonda Puteri Kemilau Cahaya semasa hamil.

Buku ini adalah buku kanak-kanak berilustrasi dan sesuai dibaca oleh kanak-kanak berumur antara 8 hingga 12 tahun.

Bab 1: Negeri Intan Bertatah

Bab 2: Permaisuri Delima Sari Jatuh Sakit

Bab 3: Bunga Kemilau Cahaya

Bab 4: Cahaya yang Berkilauan

Bab 5: Berebut Anak Patung

Bab 6: Sapu Tangan Bersulam

Bab 7: Perginya Raja dan Permaisuri

Bab 8: Menjadi Orang Suruhan

Bab 9: Dibuang ke dalam Hutan

Bab 10: Aman dan Sentosa