Rasukan Anak Patung
oleh Ain Maisarah


Versi Cetak

RM10

Beli Online

Boleh juga dibeli di Kedai Buku PTS

Sabah/Sarawak: RM 12
Format: Paperback
Saiz: 5 x 7.5

ISBN-13: 978-967-2040-01-9

Tarikh Terbit: 17 Oct 2016

Jumlah Muka Surat: 128


Versi eBook

Belum Terbit


Anak patung, mainan popular. Rambut dibelai, bajunya boleh ditukar-tukar. Diajak bermain, mandi dan tidur. Namun alangkah ngerinya apabila tiba-tiba anak patung boleh bergerak sendiri, bercakap dan terbang ke sana sini!

Itulah yang berlaku pada seorang remaja. Segala keanehan bermula setelah mainan itu tertinggal di rumah seorang bomoh patah. Kaka Zalikha yang cabul mulutnya... mempersoalkan tentang keberkesanan urutan, malah berkeras mengatakan hospital adalah alternatif terbaik. Bukan si bomoh patah!

Sejak insiden itu, ahli keluarganya mula berubah. Pelik! Tidak mahu makan, mata memerah lebam, cepat marah dan asyik mencakar-cakar. Mereka seolah-olah dirasuk jin jahat yang mendominasi tubuh badan. Maka apa yang mampu Zalikha lakukan hanyalah berkurung sendirian. Namun dia terlupa ada anak patung... betul-betul di dalam biliknya!

Patung itu turut dirasuk, bercakap dengan bibir plastik berkeriut. Ketawa menyeramkan, buat Zalikha lemah lutut. Paling menakutkan, patung itu menghempap dirinya agar kaku tidak mampu bergerak. Patung itu mahu mencederakannya!

Pada kala segala yang buruk bertimpa-timpa, apakah ada yang mampu menyelamatkan Zalikha? Bacalah novel seram Rasukan Anak Patung... jangan baca sebelah anak patung ya!