Buku

Reinvention - Edisi Bahasa Melayu

oleh Brian Tracy

RM 21.00 / RM 24.00Sabah/Sarawak
Beli Versi Cetak
Bookcafe Shopee Lazada

ISBN: 978-967-369-111-1

Muka Surat: 200

Saiz:

Tarikh Terbit: 1 Aug 2011

MENCARI TITIK FOKUS KEHIDUPAN

Melalui buku ini, kita akan sedar tentang perkara yang paling berguna dan dapat menjimatkan beberapa bulan, malah beberapa tahun kehidupan untuk mencipta semula diri kita. Buku ini akan membantu kita menjadi orang yang kita inginkan.

Albert Einstein telah memberikan satu soalan yang sama kepada pelajarnya selama dua tahun berturut-turut. Apabila ditanya oleh pembantunya, dia menjawab,

“Jawapannya telah berubah.”

Pada ketika itu, dengan pencapaian dan penemuan terbaru, jawapan di dalam dunia fizik sentiasa berubah dengan pantas sehinggakan peperiksaan yang sama boleh diberikan pada dua tahun berturut-turut dengan jawapan yang berbeza.

Apakah kaitan hal ini dengan kita?

Jawapan di dalam kehidupan kita sentiasa berubah dengan lebih cepat daripada perubahan di dalam dunia fizik.

Kebolehan kita untuk bertahan, menilai kehidupan, dan mencipta semula diri kita dapat meningkatkan kesihatan, kegembiraan dan tahap kepuasan hidup. Kebolehan ini adalah satu perkara yang penting untuk dilakukan dalam kehidupan kita.

PENGENALAN

BAB SATU

Perubahan Hidup Kamu

BAB DUA

Siapakah Kamu?

BAB TIGA

Apakah Kemahuan Kamu?

BAB EMPAT

Apakah Nilai Diri Kamu?

BAB LIMA

Bagaimana Mendapatkan Kerja Yang Kamu Mahu – Dalam Sebarang Keadaan Ekonomi

BAB ENAM

Bagaimana Untuk Maju Ke Hadapan?

BAB TUJUH

Bagaimanakah Memaksimumkan Pencapaian Kamu?

KESIMPULAN

Apa Yang Perlu Kamu Lakukan Sekarang?

INDEKS

TENTANG PENGARANG

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024