Buku

Rich Dad’s: Guide to Investing - Edisi Bahasa Melayu

oleh Robert T. Kiyosaki

RM 33.00 / RM 36.00Sabah/Sarawak
Beli Versi Cetak
Bookcafe Shopee Lazada
Beli Versi Ebook
 

ISBN: 978-967-369-257-6

Muka Surat: 584

Saiz: 6x9

Tarikh Terbit: 13 Aug 2014

Buku ini bermanfaat kepada pembaca, sama ada pembaca mempunyai sedikit wang ataupun banyak wang bagi melabur, sama ada pembaca mempunyai pengetahuan yang sedikit ataupun pengetahuan yang banyak berkenaan pelaburan.

Buku ini adalah berkenaan satu subjek yang kompleks namun ditulis dalam bahasa yang mudah. Ia ditulis untuk sesiapa sahajayang berminat menjadi pelabur yang berilmu dan berpengetahuan tanpa mengira berapa banyak wang yang kita ada.

Pelaburan membawa makna yang berbeza kepada setiap individu. Malah, terdapat pelbagai jenis pelaburan untuk golongan kaya, miskin, dan kelas pertengahan.

Rich Dad’s: Guide to Investing adalah manual jangka panjang untuk mereka yang mahu menjadi pelabur kaya dan melabur dalam pelaburan yang melibatkan golongan kaya.

Sekiranya buku ini adalah buku pertama pembaca berkenaan subjek pelaburan, dan pembaca berfikir mungkin ia sukar dan rumit untuk difahami, jangan terlalu gusar. Apa yang pembaca perlu ada adalah keinginan untuk belajar dan membaca buku ini dari muka surat awal sehingga ke muka surat terakhir dengan minda yang terbuka.

Sekiranya ada bahagian dalam buku ini yang tidak pembaca fahami, saya sarankan supaya pembaca terus membaca sehingga habis. Walaupun pembaca tidak dapat memahami kesemua isi kandungannya, tetapi pembaca akan mengetahui lebih banyak perkara berkenaan subjek pelaburan berbanding ramai orang yang sedang melabur dalam pasaran, hanya dengan membaca buku ini sehingga habis.

Malah, dengan membaca keseluruhan buku ini, pembaca akan mengetahui lebih banyak hal berkenaan pelaburan berbanding mereka yang dibayar wang bagi memberi nasihat pelaburan.

Pengantar Penterjemah

Pendahuluan

Bab 1: Pelajaran Pelaburan

Bab 2: Membina Asas Kejayaan

Bab 3: Pilihan

Bab 4: Dunia Apa yang Kita Nampak?

Bab 5: Mengapa Aktiviti Melabur Itu Mengelirukan?

Bab 6: Pelaburan adalah Satu Perancangan

Bab 7: Adakah Kita Merancang Mahu MenjadiKaya ataupun Miskin?

Bab 8: Menjadi Kaya adalah Automatik

Bab 9: Bagaimana Mencari Pelan yang Sesuai?

Bab 10: Kita Mahu Menjadi Apa ApabilaDewasa Nanti?

Bab 11: Setiap Pelan Ada Nilainya

Bab 12: Mengapa Melabur Tidak Berisiko?

Bab 13: Mahu Duduk di Bahagian Mana?

Bab 14: Peraturan Asas Pelaburan

Bab 15: Kurangkan Risiko, Celik Kewangan

Bab 16: Belajar Ilmu Kewangan Cara Mudah

Bab 17: Keajaiban Kesilapan

Bab 18: Harga bagi Menjadi Kaya

Bab 19: Teka-teki 90/10

Bab 20: Menyelesaikan Teka-teki 90/10

Bab 21: Kategori-kategori Pelabur

Bab 22: Pelabur Bertauliah (The Accredited Investor)

Bab 23: Pelabur Berkelayakan (Qualified Investor)

Bab 24: Pelabur Sofistikated (Sophisticated Investor)

Bab 25: Pelabur Dalaman (The Inside Investor)

Bab 26: Pelabur Tegar (The Ultimate Investor)

Bab 27: Bagaimana Menjadi Kaya Perlahan-lahan

7Bab 28: Terus Bekerja dan Tetap Menjadi Kaya

Bab 29: Semangat Keusahawanan

Bab 30: Mengapa Membina Bisnes?

Bab 31: Segi Tiga B-I

Bab 32: Pengurusan Aliran Tunai

Bab 33: Pengurusan Komunikasi

Bab 34: Pengurusan Sistem

Bab 35: Pengurusan Undang-undang

Bab 36: Pengurusan Produk

Bab 37: Bagaimana Pelabur Sofistikated Berfikir

Bab 38: Menganalisis Pelaburan

Bab 39: Pelabur Tegar (The Ultimate Investor)

Bab 40: Adakah Tuan Bilionair Berikutnya?

Bab 41: Mengapa Orang Kaya Menjadi Bankrap?

Bab 42: Adakah Kita Bersedia Menyumbang?

Kesimpulan

Mengenai Penulis

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024