Rumah Berhantu
oleh Ain Maisarah, Aja Fazla


Versi Cetak

RM10

Beli Online

Boleh juga dibeli di Kedai Buku PTS

Sabah/Sarawak: RM 12
Format: Paperback
Saiz: 7.5 x 5

ISBN-13: 978-967-2040-28-6

Tarikh Terbit: 31 Oct 2017

Jumlah Muka Surat: 128


Versi eBook

Belum Terbit


Yusuf Yusainny dihantar ke cawangan baru di Bangsar. Keadaan jadi huru-hara... mana mungkin berpindah rumah dalam sekelip mata! Mujurlah beroleh sebuah rumah yang selesa. Lebih menggembirakan, ada tawaran memiliki kediaman tersebut pada separuh harga. Hanya letakkan deposit dan bersetuju tidak menarik diri dari perjanjian dalam tempoh tiga bulan.

Berjiran dengan seorang wanita tua misteri bernama Nenek Koko... individu itu menasihatkan agar banyak membaca Al-Quran. Hari pertama, tiba-tiba wujud helaian demi helaian rambut panjang di atas katil. Malamnya... nasi hidangan pula berbau hancing, dikencingkan! 

Kekusutan memuncak apabila anak dan isteri Yusuf Yusainny terserempak dengan lembaga putih dipercayai pontianak... memunculkan diri sewaktu remang-remang senja.

Akhirnya Nenek Koko berkongsi kisah, rumah itu rupa-rupanya bekas tapak perkuburan. Lebih menyeramkan, ia terkenal dengan legenda... seorang wanita mengandung sulung mati dibakar oleh ibu mentua. Maka ia berdendam hingga sekarang, menanti suaminya bagi menyatakan kebenaran.

Mengetahui sejarah berkenaan, semakin buatkan tidak keruan... sampai demam-demam! Jika berpindah keluar... maka deposit RM30,000 pasti hangus. Dapatkah manusia bertahan, duduk serumah dengan hantu syaitan? Ketahui kisah novel RUMAH BERHANTU, jangan berani-berani baca sendirian!