Buku

Running Man (Don’t Walk but Run) - Edisi Bahasa Melayu

RM 19.90 / RM 21.90Sabah/Sarawak
Beli Versi Cetak
Bookcafe Shopee Lazada

ISBN: 978-967-410-189-3

Muka Surat: 176

Saiz: 170mmx243mm

Tarikh Terbit: 23 Sep 2013

Rancangan televisyen popular Korea, Running Man kini dalam bentuk komik!

Ayuh bersama-sama ahli Running Man dan selebriti terkenal berlari, menyorok, mencari, dan berusaha menyempurnakan misi yang diberikan.

Kali ini, mereka perlu menyelamatkan Yoona, penyanyi kesayangan ramai yang diculik oleh penjahat Blagoose. Kemerduan suara dan jeritan kesakitan Yoona akan menjadi senjata bagi menjayakan misinya menyebarkan kuasa gelap ke seluruh dunia.

Mampukah Running Man menyelamatkan Yoona dan menghalang niat jahat Blagoose? Berjayakan mereka mengatasi cabaran-cabaran dalam misi ini?

Don’t walk but run, Running Man!

Dapatkan stiker menarik bagi setiap pembelian!


Gelombang hallyu diteruskan dengan kemunculan program televisyen popular Korea, Running Man kini dalam bentuk komik!


Mari menyelesaikan misi bersama-sama peserta Running Man dan selebriti terkenal berlari, menyorok, mencari, dan bersusah payah menyempurnakan misi yang diberikan.


Rancangan yang ditonton oleh jutaan peminat seluruh Asia ini bukan sahaja
menunjukkan aksi tangkas pesertanya, malah turut memaparkan
informasi dan lokasi menarik di Korea seperti
perkampungan budaya, tempat penggambaran,
tempat peranginan dan lain-lain.


Kali ini misi mereka adalah menyelamatkan penyanyi terkenal, Yoona daripada diculik oleh penjahat Blagoose.

Apakah cabaran mereka? Perlukah Yoo Jae Suk menunjukkan kehebatannya bermain ddakji, ataupun Kim Jong Kook mengejar lawannya seganas harimau, ataupun Lee Gwang Soo membuat helah terbaiknya?

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024