Buku

Seronoknya Matematik: Belajar Tambah dan Tolak

oleh Ji Won Seo

RM 12.90 / RM 14.90Sabah/Sarawak
Beli Versi Cetak
Bookcafe Shopee Lazada

ISBN: 978-967-410-188-6

Muka Surat: 68

Saiz: 17cmx24.3cm

Tarikh Terbit: 27 Jan 2014

Kategori: Edukomik

Buku terjemahan dari Korea ini mengisahkan Inki dan kawan-kawannya menggelarkan diri mereka sebagai Askar Berenam Kampung Gua Musang. Namun, Inki seringkali diejek oleh mereka kerana dia hanya tahu mengira menggunakan jari kaki sahaja. Pada suatu hari, mereka mahu membuat operasi menangkap musang berekor sembilan. Tiba-tiba, sesuatu yang misteri berlaku sehingga semua kawan-kawannya lari lintangpukang kecuali Inki. Mengapa Inki masih berada di situ? Tidakkah musang berekor sembilan itu membahayakan Inki?

Memang sukar bagi kanak-kanak memahami penolakan terutamanya penolakan yang perlu kumpul semula. Namun, melalui pendekatan menggunakan kisah dongeng yang disisipkan membuatkan kanak-kanak dapat memahami konsep penolakan dan penambahan dengan mudah. Tambahan pula, didik hibur seperti lagu penambahan dan penolakan membolehkan kanak-kanak terhibur dan mengetahui yang matematik adalah satu mata pelajaran yang menarik dan tidak membosankan. Buku ini memang sesuai untuk murid-murid sekolah rendah tahap satu dan tahap dua.“

Puan Chan Yook Lean - Guru Cemerlang Matematik Wilayah Persekututan Kuala Lumpur

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024