Siri Bijak Bicara - Perkenalan Pertama
oleh Ain Maisarah


Versi Cetak

RM10

Beli Online

Boleh juga dibeli di Kedai Buku PTS

Sabah/Sarawak: RM 12
Format: Paperback
Saiz: 7.5 x 5

ISBN-13: 978-967-2040-13-2

Tarikh Terbit: 27 Apr 2017

Jumlah Muka Surat: 128


Versi eBook

Belum Terbit


Fatteh Amin: Hye bro! Chillax everyone. I’m Fatteh. Usia gila-gila remaja, jangan tanya tentang cita-cita. Hidup biar ceria, tidak perlulah serius sangat. Jika suka, sila dekat. Jika benci... sila pergi meninggal!

Nur Madihah: Saya tiada masalah lulus periksa. Alhamdulillah setakat ini mencapai semua gred A. Namun jati diri perlu dibentuk lebih awal. Itu sebabnya saya di sini, sebagai persediaan masa hadapan.

Dua personaliti berbeza. Seorang dipaksa, seorang sukarela. Menyertai kursus motivasi, perkenalan pertama berlaku dalam situasi janggal sekali.

Prinsip Fatteh mudah. Duduk dalam dewan, cari tempat paling belakang. Sumbat telinga dengan ‘ear phone’. Ya, dia bersetuju sertai kursus hanya kerana mahu makan buffet hotel lima bintang, tidur lena atas tilam tebal!

Madihah pula mempersiapkan diri mahu jadi lebih positif. Masing-masing cuba menyesuaikan diri, apa pantang larang ketika berbicara? Bagaimana bergaul mesra buat kali pertama, namun tetap bijak menyesuaikan diri dengan suasana?

Segalanya akan dijawab dengan tip-tip AMPACOACH BADRUL SANI, speaker Bijak Bicara yang telah membantu ribuan remaja jadi berkeyakinan diri. Perkenalan Pertama ~ baca novel ini, pasti seronok dan hujungnya akan BIJAK BICARA!