Buku →

Syamail Muhammadiyah: Keanggunanmu Ya Rasulullah

oleh Imam Tirmizi, Muhammad Masnur Hamzah

Versi Cetak

RM 35

Sabah/Sarawak: RM 38
Format: Hardcover
Saiz: -
ISBN-13: 978-967-366-064-3
Tarikh Terbit: 20 Jan 2011
Jumlah Muka Surat : 400

Versi Ebook

Belum Terbit

Sinopsis

Daripada penterjemah:

Setelah kepada Allah dan Rasul-Nya, kami bersyukur dan berterima kasih tiada terhingga kepada para syeikh atau guru kami; rujukan duduk mendengar hadis. Melalui mereka, kami mendengar dan memahami hadis Baginda Rasulullâh SAW.

Mereka itu di antaranya:

-     Syeikh Dr. Ahmad Shâdiq (Beliau bersama Syeikh Thantawi (Grand Syeikh al-Azhar 1996-2010), Syeikh Sayyid Sabiq (Fiqhu s-Sunnah), dan Syeikh Muhammad Bakr ismail (pengarang al-Fiqh al-Wadhih); mereka berguru kepada Syeikh Mahmud Syaltut (Grand Syeikh al-Azhar 1958-1963).

-     Syeikh Prof. Dr. Umar Hasyim

-     Syeikh Prof. Dr, Nashr Farid Washil

-     Syeikh Prof. Dr, Ali Jumu'ah

-     Syeikh Prof. Dr. Ali as-Salûs

-     Syeikh Dr. Nadir al-'Anbatawy

-     Syeikh Dr. Shabri Abdur Ra`ûf

-     Syeikh Dr. Ahmad Yusri

-     Syeikh Dr. Abdurrahman al-'Adawiy

-     Syeikh Ibrahim Abdul Ba'its al-Kattani

-     Syeikh Nuruddin Marbu al-Banjari

-     Syeikh Yusuf bin Ahmad

Mereka inilah yang wajahnya melintas dalam pikiran dan idea kami ketika mengusahakan edisi terjemahan ini. Semoga Allah menempatkan mereka di tempat mulia di sisi Allah SWT; allâhumma âmîn.

Sungguh, ketika proses terjemahan ini menapak pada bab akhir: Bab Kewafatan Rasulullah, rasa gembira kerana amal ini akan selesai langsung berganti perasaan sedih dan haru. Kesedihan yang begitu hebat; seakan-akan saat itu Rasulullah baru sahaja wafat.

"Wulida l-Hudâ; sang Petunjuk telah lahir." Mari memperbanyakkan selawat dan salam kepada Baginda S.A.W, serta menghidupkan sunnah-sunnahnya, semoga kita dikumpulkan bersama Baginda dan orang-orang pilihan-Nya, allâhumma âmîn. Wahai Rasulullâh, aku merindukanmu.

Kaherah, Rabi'ul Awwal 1431 H.

al-faqir ilâ 'afwi wa rahmati Rabbihî

Muhammad Masnur Hamzah

Yang kami lakukan dalam amal sederhana ini, hanyalah:

  • Mentakhrij ayat al-Qur`an.

  • Mentakhrij hadis kepada kitab utama hadis dan kitab hadis lainnya.

  • Menterjemahkan matan hadis (ma'nawiyan dan harfiyan).

  • Mencantumkan pendapat Imam at-Tirmidzi dalam kitab Sunan-nya.

  • Memberikan ulasan/penjelasan bagi memudahkan pemahaman.

  • Memberikan keterangan bagi lafadz-lafadz gharîb pada hadis.

Rujukan Utama Dalam Menyelesaikan Edisi Terjemahan Ini

  • Shâhih Bukhâri, cetakan Mu`assasah ar-Risâlah, (atau cetakan dengan penomboran Fuâd Abdul Bâqi; akhir nombornya 7563). Kami juga menggunakan Fat-hu l-Bâri dan 'Umdatu l-Qâri.

  • Shâhih Muslim, (atau cetakan yang akhir nombornya 3033). Kami pun menggunakan Ikmâlu l-Mu'allim bi Fawâidi l-Muslim, karangan al-Imâm al-Qâdhi 'Iyâdh, Dar al-Wafâ, Manshurah, cetakan tahun 1998.

  • Sunan Abi Dâwud, Dar Ibnu Hazm (atau yang akhir nombornya 5274)

  • Sunan Tirmidzi, cetakan Mushtofâ al-Halabiy, Misr (atau cetakan yang akhir nombornya 3956)

  • Sunan Nasâ`i (atau cetakan yang akhir nombornya 5758). Dan kami menggunakan Dzâkhiratu l-'Uqbâ fi Syarhi l-Mujtabâ cetakan Mi'râj.

  • Sunan Ibnu Mâjah (atau cetakan yang akhir nombornya 4341)

  • Musnad Ahmad Ibnu Hambal, tahqîq Ahmad Muhammad Syâkir dan Hamzah Ahmad az-Zain, Darul Hadis, Kairo (akhir nombornya 27519).

  • Shâhih Ibnu Khuzaimah, Maktabah al-Islâmiy, tahqîq Dr. Muhammad Musthafâ al-A'zhamiy (akhir nombornya 3079)

  • Al-Mu'jam al-Kabîr, al Washîth, dan ash-Shaghîr, al-Imâm Thabrany.

  • al-Jâmi' li Syu'abi l-Îmân, Imam al-Baihaqi, Maktabah Rusyd. (akhir nombornya 10756)

  • al-Mawâhib al-Laduniyyah 'alâ sy-Syamâil al-Muhammadiyyah", Ibrahim bin Muhammad al-Bajuri asy-Syafi'i, terbitan Dar al-Minhâj.

  • Dalâilu n-Nubuwwah, al-Imâm al-Baihaqi, Darul Kutub 'Ilmiyyah dan Dar ar-Rayân li t-Turâts cetakan I.

  • Muntahâ s-Sûl 'alâ Wasâili l-Wushûl ilâ Syamâili r-Rasûl, karangan al-Allâmah al-Faqîh 'Abdullâh bin Sa'îd Muhammad Abbâdi al-Lahji (1344 - 1410 H), Darul Minhâj (4 jilid).

  • Majma'u z-Zawâ`id wa Manba'u l-Fawâ`id, al-Hâfidz Ali bin Abi Bakar al-Haitsami, Daru l-Ma'mun li t-Turâts.

* * * * *

Dengan sanad bersambung kepada Imam Tirmizi semoga Allah mengasihinya.

 

Buku Berkaitan

Komen & Ulasan