Transfamous - Kemunculan Robot Baru
oleh Amer Baki, Danial Haikal


Versi Cetak

RM10

Beli Online

Boleh juga dibeli di Kedai Buku PTS

Sabah/Sarawak: RM
Format: Paperback
Saiz: 7.5 x 5

ISBN-13: 978-967-2040-00-2

Tarikh Terbit: 27 Apr 2017

Jumlah Muka Surat: 128


Versi eBook

Belum Terbit


Cikgu Aziz Zatter, guru reka cipta Sri Bangsar ditugaskan membina robot bagi memudahkan tugasan sekolah. Siang malam bertukang, hujung minggu pun buat program pengisian... maka robot siap jua akhirnya.

Malangnya, ia tidak berfungsi walaupun sudah dihidupkan berkali-kali. Cikgu Aziz sampai kecewa merana diri, hentak-hentak kepala pada dinding kanan dan kiri. Ciptaannya jelas tidak menjadi!

Sehinggalah satu malam, ribut kuat melanda Sri Bangsar. Litar pintas berlaku sampai terpadam seluruh bekalan elektrik sekolah! Esoknya apabila dibuka bengkel, robot sudah berjaya dihidupkan! Namun ada sedikit masalah, robot itu tiba-tiba mempunyai sifat perempuan dan lelaki secara tidak seimbang.

Malah menamakan dirinya Roslan yang dipanggil Ros. Robot ini juga kuat melatah, asyik berleter dan pandai buat kopi ala-ala superbibik. Pada masa yang sama, begitu gagah perkasa mengalahkan 10 lelaki dan boleh jadi superhero persis robot Transformers!

Lawak sungguh robot yang keliru jantinanya. Apakah kesudahannya? Jadi robot lelaki ataupun perempuan? Bacalah TRANSFAMOUS sehingga habis, paling penting ini bukan kisah robot pondan ya!

Buku Berkaitan


Berita


Errata